Asimilasi Homorganik Nasal Dialek Melayu Saribas (Homorganic Nasal Assimilation in Saribas Malay Dialect)

Noor Azureen Hamid @ Ahmed, Sharifah Raihan Syed Jaafar

Abstract


Dialek Melayu Saribas merupakan salah satu sub dialek utama dialek Melayu Sarawak yang dipertuturkan di Malaysia timur. Dialek Melayu Saribas memperlihatkan tingkah laku fonologi yang agak berbeza berbanding dialek-dialek Melayu di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan asimilasi homorganik nasal di sempadan awalan dialek Melayu Saribas. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah-kaedah dalam kajian lapangan, iaitu kaedah senarai kata, temu bual dan rakaman audio. Pengumpulan data linguistik dialek Melayu Saribas diperoleh daripada sepuluh orang penutur asli dialek Melayu Saribas di Saratok, Sarawak. Data linguistik dialek Melayu Saribas dianalisis berlandaskan geometri fitur Halle (1995). Dapatan kajian mendapati imbuhan awalan dialek Melayu Saribas ialah nasal velar /ŋ/. Imbuhan awalan /ŋ/ sentiasa berasimilasi dengan konsonan obstruen dan likuida kata akar yang mengikutinya untuk membentuk asimilasi homorganik nasal. Data dialek Melayu Saribas menggambarkan dua perilaku asimilasi homorganik nasal di sempadan awalan, iaitu asimilasi separa dan asimilasi total. Asimilasi homorganik nasal menyebabkan segmen bersebelahan berkongsi titik artikulasi yang sama. Interaksi fonologi ini menggambarkan asimilasi homorganik nasal adalah bersifat sensitif kepada penyebaran fitur, iaitu kecenderungan segmen untuk menguasai segmen bersebelahan dengan menyebarkan fiturnya dan membentuk segmen yang mempunyai identiti yang serupa dengannya. Penelitian asimilasi homorganik nasal dalam dialek Melayu Saribas memberikan implikasi sebagai nilai tambah kepada kajian terdahulu selain sebagai perintis ke arah pembangunan penyelidikan ilmiah yang lebih praktikal dan komprehensif.

 

Kata kunci: asimilasi homorganik nasal; konsonan nasal velar; sempadan awalan; fitur distingtif; geometri fitur

 

ABSTRACT

 

Saribas Malay dialect is one of the main sub-dialects of the Sarawak Malay dialect spoken in East Malaysia. Saribas Malay dialect is distinctly different to the regional Malay dialect in Malaysia. The aim of this study is to explain the homorganic nasal assimilation of prefix boundary in Saribas Malay dialect. This study applied a qualitative research approach  and fieldwork methods, such as word lists, interviews, and audio recording. The data gathered from ten native speakers of Saribas Malay dialect in Saratok, Sarawak. These linguistic data analysis is based on Halle’s geometry features (1995). The prefix boundary of Saribas Malay dialect is velar nasal /ŋ/. The prefix /ŋ/ always assimilate to the following obstruent and liquid of the root, to form a homorganic nasal assimilation. Saribas Malay dialect data shows two types of homorganic nasal assimilation in prefix boundary; partial and total assimilation. Homorganic nasal assimilation cause adjacent segments to share the same point of articulation. This interaction reflects that homorganic nasal assimilation is sensitive to the feature spreading, whereby there is a tendency to dominate the adjacent segment and spread its features to form a segment with similar identities. The implications of this study provide an added value to the previous studies in Saribas Malay phonological dialect. Therefore, this study contributes to the development of phonological knowledge in the Saribas Malay dialect and can be a pioneer for a practical scientific research and comprehensive study.

 

Keywords: homorganic nasal assimilation; velar nasal; prefix boundary; distinctive features; feature geometry


Full Text:

PDF

References


Adi Yasran Abdul Aziz, Raja Masittah Raja Ariffin, Mohd Sharifudin Yusop & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. (2014). Pengglotisan Geseran /s/ Dalam Bahasa Kerinci. GEMA Online® Journal of Language Studies. 14(3), 225-242.

Aiwan @ Noraini Alli. (1996). Dialek Melayu Saratok: Satu Kajian. (Disertasi Tidak Terbit). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Ajid Che Kob. (2008). Subklasifikasi dialek Melayu Patani-Kelantan-Terengganu: Satu Analisis Kualitatif. Jurnal Melayu. 3, 19-51.

Asmah Haji Omar. (1988). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2008). Kajian Penyelidikan Bahasa di Lapangan (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Babbie, E. (2008). The Basics of Social Research (Fourth Edition). Belmont, CA: Wardsworth Publishing Company.

Chomsky, N., & Halle, M. (1968). The Sound Pattern of English. New York, NY: Harper & Row.

Chong Shin. (2006). Bahasa Iban dan dialek Melayu di Saribas, Sarawak. The Sarawak Museum Journal. LXII(83 New Series), 85-106.

Chong Shin. (2009). Dialek-dialek Melayu di Lembah Baram. International Journal of the Malay World and Civilization. 27(2), 59-71.

Clements, G. N. (1985). The Geometry of Phonological Features. Phonology Year Book 2, 225-252.

Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. W. (2011). Educational Research: Competencies For Analysis and Applications (Tenth Edition). United States of America: Pearson Education.

Goldsmith, J. A. (1990). Autosegmental & Metrical Phonology. Oxford, UK: Basil Blackwell.

Halle, M. (1995). Feature Geometry and Feature Spreading. Linguistic Inquiry. 26(1), 1-46.

Ibrahim Mustapa & Ibrahim Daud. (1990). Analisis Dialek Daerah Kuala Pilah daripada Aspek Fonologi. Jurnal Dewan Bahasa, Disember, 975-982.

Lass, R. (1984). Phonology: An Introduction to Basic Concepts. Cambridge: Cambridge University Press.

McCarthy, J. J. (1988). Feature Geometry and Dependency: A Review. Phonetica. 43(45), 84-108.

Negash, T. (2015). Homorganic Nasal Assimilation in Arsi-bale Afan Oromo: a Non-linear Phonology. Humanities and Social Sciences. 3(4), 240-248.

Neuman, W. L. (2011). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches (Seventh Edition). Boston: Pearson Education.

Noriah Mohamed. (2006). Deskripsi Leksiko-fonologi Bahasa Kreol Melayu Chitty Melaka. Laporan Hasil Penyelidikan Geran Penyelidikan Jangka Pendek. Universiti Sains Malaysia.

Phiri, A., Dube, P. & Mamvura, Z. (2015). Consonant Assimilation in Isindebele: A Distinctive Feature Approach. Marang: Journal of Language and Literature. 26, 25-40.

Rubin, A., & Babbie, E. (2011). Research methods for social work (Seventh Edition). Belmont, CA: Brooks/Cole, Cengage Learning.

Samarin, W. J. (1993). Field linguistics. (Kamaruzaman Mahayidin, Terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Karya asal diterbitkan pada 1967).

Schane, S. A. (1973). Generative phonology. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Sharifah Raihan Syed Jaafar. (2012). A Comparative Study of Nasal Final Prefixes in Malay and English. 3L: Language Linguistics Literature®, Southeast Asian Journal of English Language Studies. 18(3), 15-28.

Sharifah Raihan Syed Jaafar. (2015). Nasality and Voicing in Non-standard Dialect of Malay. Dialectogia. 15, 137-156.

Tajul Aripin Kassin. (2000). The Phonological Word in Standard Malay. (Tesis PhD Tidak Terbit). University of Newcastle, Newcastle.

Teoh, Boon Seong. (1990). Pola Suku Kata Dasar dalam Bahasa Malaysia. Jurnal Dewan Bahasa. 34(12), 903-918.

Yunus Maris. (1980). The Malay Sound System. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zaharani Ahmad & Teoh, Boon Seong. (2006). Fonologi Autosegmental: Penerapannya pada Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad. (1994). Proses Alternasi Morfem dan Penentuan Morfem Dasar: Beberapa Persoalan Teori. Akademika. 44(Januari), 137-154.

Zaharani Ahmad. (1995). Vowel Epenthesis in Malay. Akademika. 47(Julai), 15-36.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/gema-2017-1702-12

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021