Pandangan Masyarakat Sarawak Terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)

Nadiah Safirah Suznan, Novel Lyndon, Nur Hafizah Yusoff, Zaimi Othman, Nor Shazeelyna Abas

Abstract


Abstrak: Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan asas pembentukan Persekutuan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Namun demikian, selepas lebih enam dekad pelaksanaannya, masih wujud pelbagai isu berkaitan autonomi negeri, pengagihan kuasa dan pembangunan yang menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat Sarawak. Kajian ini bertujuan untuk meneliti pandangan, tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat Sarawak terhadap pelaksanaan MA63. Kajian ini menggunakan pendekatan sosiologi politik dengan kaedah kualitatif melalui temu bual mendalam terhadap 25 orang informan yang dipilih secara persampelan bertujuan dan snowball. Data dianalisis menggunakan analisis tematik dengan bantuan perisian ATLAS.ti. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujud jurang yang ketara antara harapan masyarakat dan realiti pelaksanaan MA63 khususnya berkaitan hak autonomi, pengagihan sumber asli dan pembangunan wilayah. Faktor pendidikan, sosioekonomi dan akses kepada maklumat mempengaruhi tahap kefahaman masyarakat terhadap MA63. Masyarakat bandar didapati lebih kritikal dan mempunyai kesedaran politik yang lebih tinggi berbanding masyarakat luar bandar dan etnik minoriti. Kajian ini memberi implikasi bahawa pendidikan sivik, penyebaran maklumat dan komunikasi institusi yang lebih berkesan perlu diperkukuh bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap MA63 serta mengurangkan ketegangan politik dan sosial di Sarawak.

Kata Kunci: Perjanjian Malaysia 1963; Sarawak; Autonomi; Sosiologi Politik; Malaysia

Abstract: The Malaysia Agreement 1963 (MA63) serves as the foundation for the formation of Malaysia involving Malaya, Sabah, and Sarawak. However, after more than six decades of its implementation, various issues related to state autonomy, power distribution, and regional development continue to generate dissatisfaction among the people of Sarawak. This study aims to examine the perspectives, awareness, and understanding of the Sarawak community towards the implementation of MA63. The study employs a political sociology approach using qualitative methods through in-depth interviews with 25 informants selected via purposive and snowball sampling techniques. The data were analysed using thematic analysis with the assistance of ATLAS.ti software. The findings reveal a significant gap between public expectations and the actual implementation of MA63, particularly regarding state autonomy, natural resource distribution, and regional development. Educational background, socioeconomic factors, and access to information were found to influence the level of public understanding of MA63. Urban communities were more critical and politically aware compared to rural communities and minority ethnic groups. This study implies that civic education, information dissemination, and institutional communication should be strengthened to enhance public understanding of MA63 and reduce political and social tensions in Sarawak.

Keywords: Malaysia Agreement 1963; Sarawak; Autonomy; Political Sosiology; Malaysia


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2026.2302.07

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia