Tiket Bahasa Cantik: Refleksi Kesantunan Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG)

Ezura Binti Nasir, Zamri bin Mahamod

Abstract


Kesantunan berbahasa merupakan elemen penting dalam membentuk interaksi sosial yang harmoni dalam konteks pendidikan guru. Namun begitu, kajian empirikal yang meneliti amalan kesantunan berbahasa pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) menggunakan artifak reflektif autentik masih terhad. Kajian ini dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam bagi meneroka tema kesantunan berbahasa yang direkodkan oleh pelajar melalui dokumen reflektif “Tiket Bahasa Cantik,” iaitu catatan pengalaman sebenar terhadap perlakuan santun rakan sebaya dalam interaksi harian pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi kesantunan yang diamalkan oleh pelajar IPG serta menganalisis integrasi nilai budaya Melayu dengan pengurusan muka dalam pengalaman komunikasi mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Seramai 25 pelajar aktif dalam kursus Bahasa Melayu dipilih secara bertujuan sebagai peserta. Data dikumpulkan melalui analisis ke atas 100 dokumen “Tiket Bahasa Cantik” dan dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik secara sistematik. Proses analisis melibatkan pembacaan data secara mendalam, penjanaan kod awal, pembentukan dan semakan tema, penentuan definisi tema serta penulisan laporan. Keabsahan dapatan kajian diperkukuh melalui gabungan maklumat daripada pelbagai sumber, semakan pakar dan pengesahan peserta. Hasil dapatan kajian berjaya mengenal pasti lima tema amalan kesantunan utama iaitu penggunaan bahasa sopan dan lembut, amalan saling membantu antara rakan, cara menegur secara halus dan berhemah, menjaga keharmonian dan mengelakkan konflik serta kawalan emosi dan pembawaan sikap positif. Kajian ini memberikan implikasi praktikal kepada pendidik dan institusi latihan guru dengan mencadangkan penggunaan aktiviti reflektif sebagai medium berkesan untuk memupuk kesantunan berbahasa dalam kurikulum IPG.

 


Keywords


Kesantunan Berbahasa; Tiket Bahasa Cantik, Strategi Refleksi Pelajar, Analisis Tematik, Pembangunan Profesionalisme Guru.

Full Text:

PDF

References


Abdul Wahab, M. K., NorHashim, M. N. T., & Wan Mohamad, W. A. (2021). Aspek kesantunan dan ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan pelajar Bahasa Melayu: Satu kajian perbandingan dua buah negara. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik, 3(2), 17–32.

Ahmad, F., & Syed, R. (2022). Penggunaan teknologi digital untuk memupuk kesantunan berbahasa dalam pendidikan guru. e-Bangi: Journal of Social Sciences & Humanities, 19(4), 101–120. https://doi.org/10.51200/ebangi.v19i4.1234

Ahmad, S. N. A., & Mahbob, M. H. (2023). Impak penggunaan bahasa kasar di media sosial terhadap komunikasi interpersonal dalam kalangan remaja. e-Bangi: Journal of Social Sciences & Humanities, 20(3), 112–125. https://ejournal.ukm.edu.my/ebangi/article/view/58404

Albawardi, A., & Alqahtani, A. (2022). Politeness in an educational context. Academic Journal of Interdisciplinary Studies, 15(1), 45–67. https://doi.org/10.36941/ajis-2022-0168

Asmah Haji Omar. (2000). Kesantunan Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Basri, M., Safitri, H., & Hakim, M. (2021). Kesantunan berbahasa: Studi pada pembelajaran daring. Jurnal Onoma: Pendidikan, Bahasa, dan Sastra, 7(1), 242–248. https://doi.org/10.30605/onoma.v7i1.625

Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77–101. https://doi.org/10.1191/1478088706qp063oa

Brown, P., & Levinson, S. C. (1987). Politeness: Some universals in language usage. Cambridge University Press.

Clarke, V., & Braun, V. (2013). Teaching thematic analysis: Overcoming challenges and developing strategies for effective learning. The Psychologist, 26, 120–123.

Creswell, J. W., & Poth, C. N. (2018). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches (4th ed.). SAGE Publications.

Freitas, A., Santos, M., & Oliveira, R. (2021). Reflective practices and politeness awareness in language classrooms. Journal of Language Teaching and Research, 12(3), 456–472. https://doi.org/10.17507/jltr.1203.12

Hassan, N., & Latifah, S. (2023). Strategi kesantunan dalam interaksi kelas maya: Kajian pelajar IPG. e-Bangi: Journal of Social Sciences & Humanities, 20(1), 55–72. https://doi.org/10.51200/ebangi.v20i1.1456

Israel, M., & Hay, I. (2006). Research ethics for social scientists: Between ethical conduct and regulatory compliance. SAGE Publications.

Kurniarahman. (2024). Model kesantunan interpersonal dalam pembelajaran bahasa Indonesia. Jurnal Pendidikan Bahasa, 12(2), 112–130.

Latrech, S., & Alazzawie, A. (2022). Teacher politeness strategies and student engagement: A classroom discourse analysis. International Journal of Educational Research, 115, 101–115. https://doi.org/10.1016/j.ijer.2022.101915

Leech, G. N. (1983). Principles of pragmatics. Longman.

Lincoln, Y. S., & Guba, E. G. (1985). Naturalistic inquiry. SAGE Publications.

Liu, Y. (2023). Artefact-based reflection in EFL teacher training: Analysing student journals for pragmatic competence. RELC Journal, 54(1), 89–107. https://doi.org/10.1177/00336882211011781

Makhtar, N., & Laenkang, A. (2016). Amalan dan penilaian kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar pascasiswazah Melayu Muslim. e-Bangi: Journal of Social Sciences & Humanities, 13(2), 45–58. https://ejournal.ukm.edu.my/ebangi/article/view/15583

Mohamad, N. S. (2022). Strategi kesantunan pelajar IPG dalam latihan mengajar. Jurnal Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, 8(2), 45–62.

Mohd Kamal, N. ’A., & Ariffin, A. (2023). Gender and power relation in English refusal strategies of ESL undergraduates. e-Bangi: Journal of Social Sciences & Humanities, 20(3), 88–101. https://ejournal.ukm.edu.my/ebangi/article/view/58404

Nasir, E., & Mahamod, Z. (2020). Kesantunan berbahasa dalam kalangan guru Bahasa di sebuah sekolah aliran agama. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 19(1), 1–25.

Nurmayana, F., Tarigan, F., Rangkuti, L., & Nurhalimah. (2025). Analyzing politeness strategies in online learning interactions among English education students. Esteem Journal of English Education Study Programme, 8(1), 548–554.

Palinkas, L. A., Horwitz, S. M., Green, C. A., Wisdom, J. P., Duan, N., & Hoagwood, K. (2015). Purposeful sampling for qualitative data collection and analysis in mixed method implementation research. Administration and Policy in Mental Health and Mental Health Services Research, 42(5), 533–544. https://doi.org/10.1007/s10488-013-0528-y

Pham, T. T. H., & Pham, T. T. N. (2020). Vietnamese EFL learners' politeness strategies in request emails to professors. International Journal of Language and Literary Studies, 2(2), 45–62. https://doi.org/10.36892/ijlls.v2i2.202

Rahayuningsih, D., Saleh, M., & Fitriati, S. (2020). The realization of politeness strategies in EFL teacher-students classroom interaction. English Education Journal, 10(1), 85–93.

Rosnani, H., & Zaimah, R. (2021). Refleksi kesantunan dalam pendidikan guru Islam. Jurnal Pendidikan Islam Malaysia , 15(1), 23–40.

Vrasidas, C., & McIsaac, M. S. (2001). Integrating technology in teaching and teacher education: Implications for policy and curriculum reform. Educational Media International, 38(2–3), 127–132. https://doi.org/10.1080/09523980110041944

Wardah Ismail, Nurul Atiqah Mohd Suhaimi, & Nurfarahanim Mohd Anuar. (2023). Politeness strategies used by students in communicating through WhatsApp. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 8(10), e002561. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i10.2561

Wong, Y. L., Tan, S. H., & Lee, M. K. (2023). Cultivating politeness and social values through language education: A Malaysian perspective. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 8(5), e002345. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i5.2345

Zainon Hamzah, Z. A., Ahmad Fuad Mat Hassan, A. F., & Md Adama, M. N. H. (2023). Kesantunan bahasa dalam kalangan remaja sekolah menengah. Jurnal Bahasa dan Komunikasi, 15(1), 30–45.

Zulkifli, M., Buhari, N., & Hassan, M. (2019). Pengajaran kesantunan berbahasa dalam kurikulum Bahasa Melayu IPG. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 19(2), 78–95.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2026.2302.15

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia