Menilai Pengetahuan, Sikap dan Amalan Berkaitan dengan Matlamat Pembangunan Mampan: Tinjauan Keratan Rentas
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh pengetahuan dan sikap terhadap amalan Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDGs) melalui Teori Pengetahuan (Knowledge), Sikap (Attitudes) dan Amalan (Practices)- KAP. Data diperolehi daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada seramai 200 orang responden dengan pelbagai latar belakang demografi di Malaysia. Hasil analisis Regresi Linear Berganda menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan dan positif antara sikap dengan amalan SDGs. Manakala, pengetahuan didapati tidak mempengaruhi amalan SDGs. Ini mengimplikasikan bahawa dengan memiliki pengetahuan sahaja tidak memadai untuk mendorong individu mengamalkan aktiviti kemampanan. Sebaliknya, sikap yang positif terhadap isu-isu kemampanan lebih memberi kesan terhadap amalan SDG. Kajian ini memberikan panduan berguna kepada pembuat dasar dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang SDGs melalui pendekatan pendidikan dan kempen kesedaran yang lebih berfokus. Dapatan juga menyarankan perlunya integrasi elemen SDGs dalam kurikulum pendidikan bagi memastikan impak yang mampan dalam kalangan generasi muda
Keywords
Matlamat Pembangunan Mampan; SDG; pengetahuan; sikap; amalan; KAP
Full Text:
PDFDOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2026.2302.20
Refbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia