Kajian Faktor Sosioekonomi dalam Meningkatkan Nilai Komersial Tanaman Sawit dan Pembangunan FELDA
Abstract
FELDA merupakan singkatan bagi Federal Land Development Authority yang ditubuhkan bagi tujuan pembangunan tanah dan penempatan semula masyarakat luar bandar. Selain itu, FELDA juga memainkan peranan untuk membangunkan tanah berteraskan pertanian yang produktif dan berkualiti serta membangunkan petempatan penduduk luar bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Penubuhan FELDA telah membuahkan hasil yang sangat memberansangkan kepada pembangunan luar bandar dengan kejayaannya memiliki tanah perladangan yang luas, mempertingkatkan pembangunan luar bandar beserta taraf hidup masyarakat. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa isu yang timbul yang akan menjejaskan prestasi FELDA. Hal ini dimana felda menghadapi isu seperti model tanam semula yang tidak lestari, kehilangan tanah, pendapatan dan dividen tidak seperti yang diharapkan, kejatuhan harga sawit, peluang pekerjaan perumahan generasi kedua, dan aktiviti ekonomi yang terhad. Sehubungan dengan itu, objektif kajian adalah untuk mengkaji faktor-faktor sosioekonomi dalam peningkatan nilai komersial FELDA dan cadangan usaha membangunkan FELDA yang lestari. Kajian ini dilaksanakan di kawasan Felda Soeharto yang berbentuk kuantitatif yang menggunakan pendekatan kaedah tinjauan. Seramai 185 responden yang terlibat dalam kajian ini. Seterusnya, data yang didapati akan dianalisis ke dalam bentuk kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan sebahagian besar responden bersetuju dengan faktor-faktor sosioekonomi yang dinyatakan yang perlu diambil berat dalam meningkatkan nilai komersial felda. Kajian juga menunjukkan majoriti responden bersetuju dengan kesemua cadangan yang dinyatakan sebagai langkah menjadikan felda lebih lestari. Cadangan tersebut boleh dirujuk atau diaplikasikan oleh pihak FELDA dalam merealisasikan FELDA yang lestari. Kesannya, FELDA dapat memacu ke arah kemajuan, di samping mendukung matlamat mereka untuk membangunkan kawasan luar bandar.
Kata kunci: Felda; pembangunan; nilai komersial; sosioekonomi; tanaman sawit
Abstract: FELDA is an abbreviation for the Federal Land Development Authority which was established for the purpose of land development and resettlement of rural communities. In addition, FELDA also plays role in developing productive and quality agriculture-based land as well as developing rural settlements complete with various facilities. The establishment of FELDA has yielded results for rural development with the success of owning extensive farmland, improving rural development and the standard of living of the community. However, there are still some issues that have arisen that will affect FELDA’s performance. This is where FELDA faces issues such as unsustainable replanting models, loss of land, income and dividens not as expected, falling oil palm prices, second generation housing, job opportunities, and limited economic activity. In relation to that, the objective of the study is to examine the socioeconomic factors in increasing the commercial value of FELDA and the proposed efforts to develop a sustainable FELDA. This study was carried out in the Felda Soeharto area using a survey method approach. A total of 185 respondents were involved in this study. Next, the data obtaines will be analyzed in the form of frequency, percentage, mean score and standard deviation. The results of the study show that the majority of respondents agree with the socioeconomic factors that need to be taken seriously in increasing the commercial value of FELDA. The study also showed that the majority of respondents agreed with all the suggestions that were stated as steps to make felda more sustainable. The suggestions can be referred to or applied by FELDA in realizing a sustainable FELDA. As a result, FELDA can drive towards progress while supporting their goal to develop rural areas.
Keywords: FELDA; development; comersial value; sosioeconomi; palm oil plant
References
Ab Rahman, A., Sukari, A., Abd Shakor, M. F., Syed Shamsuddin, S. S., & Mohd Yusof, Z. A. (2023). Analisis literatur sistematik terhadap penentuan agihan bantuan kemiskinan kepada golongan B40 di Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 28(2), 70–86. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol28no2.525
Ali, N. I. M., Ibrahim, N. I., Aiyub, K., & Kasavan, S. (2020). Pelaksanaan amalan pertanian baik (GAP) dalam kalangan pesawah padi di Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor, Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 16(3), 247-262. http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1306
Hussin, F., Abdullah, H., Che Mat, S. H. (2012). Peranan KESEDAR dalam pembangunan tanah di Daerah Gua Musang: Isu dan pencapaian tahap sosioekonomi peneroka. Dalam Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII), 4-6 June 2012, Ipoh, Perak.
Gomiero, T. (2018). Large-scale biofuels production: A possible threat to soil conservation and environmental services. Applied Soil Ecology, 123, 729-736. https://doi.org/10.1016/j.apsoil.2017.09.028
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308
Milanie, F., Aryza, S., Sitepu, S. A., & Syahfitri, E. S. (2022). Pengembangan kawasan objek wisata dalam mempercepat pengembangan ekonomi desa bagi pemula. Penerbit Tahta Media. https://tahtamedia.co.id/index.php/issj/article/view/134
Ali, N., Zakaria, N., & Abdullah, M. A. (2010). Pembangunan pendidikan dan kelestarian. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 5(1), 82-93. https://journalarticle.ukm.my/791/1/ebangi.pdf
Ranisha K., Kumari, S., & Dwivedi, U. (2024). Human development model based on yogic wisdom for well-being and self-actualization: A conceptual framework. Journal of Human Values. https://doi.org/10.1177/09716858231210598
Rochma, Z., & Indriya, H. A. F. (2023). Analisis strategi co-working dalam peningkatan penjualan. Jurnal Maha Siswa Manajemen, 3(22), 231-246. http://dx.doi.org/10.30587/mahasiswamanajemen.v3i02.1859
Saad, S., Ganai, M. F., Ramli, Z., & Lyndon, N. (2023). Persekitaran kerja yang menyumbang kepada produktiviti buruh lokal di sektor pertanian kelapa sawit. International Journal of Social Science Research, 5(1), 24-37. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr
Shafii, H., Yassin, A. M., & Masram, H. (2023). Cabaran dan dilema habitat manusia di bandar: Penerapan konsep daya huni (livability) dan pembangunan lestari untuk kesejahteraan hidup. Journal of Social Transformation and Regional Development, 5(2), 30-38. https://doi.org/10.30880/jstard.2023.05.02.004
Suhaili, S., & Rahim, F. (2018). Belia generasi kedua Felda (G2F): Kedudukan dan isu sosioekonomi. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 10(3), 41-55. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1791
Tsutsui, M. H., Kobayashi, K., & Miyashita, T. (2018). Temporal trends in arthropod abundances after the transition to organic farming in paddy fields. PLoS One, 13(1), 1-13. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0190946
Walsh, J., & Ty, M. (2011). Cambodian migrants in Thailand: Working conditions and issues. Asian Social Science, 7(7), 23-29. https://doi.org/10.5539/ass.v7n7p23
Wiryawan, B. (2023). Paradigma baru ekonomi keluarga dalam pembangunan hukum ekonomi untuk mewujudkan ketahanan nasional. Jurnal Ilmiah Hukum dan Hak Asasi Manusia, 2(2), 66-79. https://doi.org/10.35912/jihham.v2i2.1671
Zainudin, N. H. M., & Bullare, M. I. (2021). Dimensi, faktor dan strategi kebergantungan dalam kalangan pemimpin belia Felda. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18(7), 54-65. https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1420
Zamzuri, N. H., & Roslan, B. A. (2023). Transkrip temubual bersama Encik Ismail bin Abu Bakar Ketua Kampung Tenang: mengenai pengalaman beliau di Kampung Tenang dan Felda Tenang Segamat. Oral History Report. Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82635/
Full Text:
PDFDOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2024.2101.39
Refbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia