WANITA BEKERJA DAN KAHWIN LEWAT: SATU KAJIAN DI KUANTAN, PAHANG (Working women and delayed marriage: A study in Kuantan, Pahang)

Nurul Ain Hassan, Suresh Kumar N Vellymalay

Abstract


ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada kahwin lewat dalam kalangan wanita berkerja di Kuantan, Pahang dan cabaran yang dihadapi oleh golongan ini akibat kelewatan berkahwin. Sampel kajian terdiri daripada tiga puluh orang wanita yang berumur 30 tahun ke atas, bekerja dan belum pernah berkahwin. Sampel dipilih menggunakan kaedah persampelan bola salji. Temu bual berstruktur digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada wanita yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa kesukaran yang dihadapi oleh wanita yang bekerja untuk menemui jodoh yang sesuai, hasrat untuk merealisasikan impian keluarga, komitmen kerjaya, sikap kurang yakin terhadap perkahwinan dan pengalaman putus cinta sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada kahwin lewat. Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa pandangan serong dan penghinaan yang diterima daripada rakan sekerja dan jiran tetangga merupakan cabaran paling besar dihadapi oleh wanita berkerja akibat kahwin lewat.

Kata Kunci: Wanita, kahwin lewat, cabaran

ABSTRACT

This study aims to explore the factors that contribute to delayed marriage among working women in Kuantan, Pahang and the challenges encountered by them due to delayed marriage. The sample consists of thirty women aged thirty and above, working and never been married. The samples were selected using snowball sampling method. A structured interview was used to obtain information from the women studied. The findings show that the difficulties encountered by working women to meet the right match, desire to fulfill their family dreams, career commitment, low level of confidence in marriage and break-up experience as among the main factors that contributes to delayed marriage. In addition, the findings also show that negative perceptions and humiliation received from collegues and neighbours as the biggest challenge encountered by the working women due to delayed marriage.

Keywords: Women, delayed marriage, challenges

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia