AMALAN PERSEKITARAN SELAMAT KANAK-KANAK DALAM KALANGAN PENGASUH DI RUMAH YANG TIDAK BERDAFTAR (Safety Environment Practices among Unlicensed Home Based Child Daycare)

Norulhuda Sarnon, Maisarah Ali, Ezarina Zakaria

Abstract


Isu kecederaan kanak-kanak di rumah pengasuh seringkali menimbulkan kerisauan dan dilema bagi ibu bapa bekerja. Walaupun kerajaan telah menetapkan perlunya pendaftaran dilakukan oleh pengasuh di rumah jika bilangan kanak-kanak adalah melebihi empat orang, namun masih ramai pengasuh yang tidak berdaftar dan menjalankan operasi mengasuh kanak-kanak. Kajian kualitatif dengan rekabentuk single case ini bertujuan untuk meneroka amalan persekitaran selamat dalam kalangan pengasuh tidak berdaftar. Kaedah temubual mendalam dengan menggunakan soalan semistruktur telah digunakan dalam pengumpulan data. Pemerhatian tidak turut serta pula digunakan sebagai triangulasi dalam kajian ini. Kaedah persampelan adalah persampelan bertujuan yang melibatkan seramai lima orang pengasuh kanak-kanak di rumah dengan kriteria yang telah ditetapkan. Hasil kajian  menggunakan analisis cross-case ini menunjukkan bahawa terdapat lima tema yang menggambarkan amalan pengasuh tidak berdaftar iaitu (i) mengutamakan kebersihan (ii) peka terhadap alatan berbahaya (iii) berusaha ke arah persekitaran selamat (iv) kurang persediaan kecemasan dan (v) penglibatan ahli keluarga pengasuh.  Selain daripada itu, terdapat dua tema penting muncul berkaitan dengan amalan keselamatan kanak-kanak iaitu (i) kenakalan kanak-kanak menambah risiko dan (ii) keperluan kerjasama ibu bapa. Langkah memperbaiki amalan persekitaran selamat dalam kalangan pengasuh tidak berdaftar dibincangkan terutama keperluan kemahiran dan penguatkuasaan dasar kerajaan.

______________________

The issue of child injuries in home based child daycare often creates anxiety and dilemma for working parents. Although the government has set the need for registration by home-based child daycare if the number of children is over four children, there are still many unlicensed caregivers and carry out child-rearing operations. This qualitative research study with a single case design aims to explore safe environment practices among unlicensed home based child daycare. An in-depth interview method using semi structure questionnaire has been used in research data collection. Non-participants’ observation also used as triangulation in this research. The sampling method is a purposive sampling involving a total of five home based child daycare with defined criteria. The results of cross-case synthetic analysis showed that there are five themes that decribe practice among unlicensed daycare names (i) prioritize hygiene (ii) sensitive to dangerous equipment (iii) work towards a safe environment (iv) lack of emergency preparedness and (v) involvement of caretaker family members. In addition, there are two important themes emerging in relation to child safety practices namely, (i) Child delinquency increases the risk of child injuries and (ii) the need of parental cooperation. Precaution to improve safe environment practices among unregistered caregivers are discussed particularly about the skills and enforcement requirements of the government policy.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia