KESEDARAN DAN PENGETAHUAN TERHADAP KESELAMATAN DAN PRIVASI MELALUI MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN BELIA (Awareness and knowledge of safety and privacy through social media among youth)

Mohd Azul Mohamad Salleh, Mohd Yusof Hj Abdullah, Ali Salman, Ahmad Sauffiyan Abu Hasan

Abstract


Aplikasi media sosial pada masa kini banyak digunakan untuk menyebar dan memapar maklumat kepada pengguna. Maklumat seperti teks, grafik, audio, animasi dan video dapat dikongsi secara dalam talian dengan mudah dan cepat. Selain itu, aplikasi media sosial memudahkan pengguna untuk menjalinkan hubungan dan membina rangkaian hubungan peribadi dengan pengguna lain.Jika dilihat dari konteks keselamatan dan risiko privasi, perkara ini akan memberi kesan kepada pengguna kerana maklumat dan aktiviti mereka dapat diakses melalui rangkaian sosial dengan mudah. Isunya disini, sejauhmana belia pada hari ini mempunyai kesedaran, kefahaman dan pengetahuan tentang keselamatan dan privasi maklumat peribadi ketika berkomunikasi secara dalam talian. Kajian ini telah menemubual 1600 orang belia di Malaysia mengguna instrumen soal selidik. Hasil kajian mendapati majoriti belia mengguna aplikasi lebih dari 3 jam sehari, malah Facebook, Whatsapp dan Instagram pula merupakan aplikasi yang popular dalam kalangan mereka. Mereka menggunakan aplikasi media sosial untuk mencari maklumat umum, berhubung dengan rakan-rakan dan berinteraksi dengan ahli keluarga melalui fasiliti chat yang disediakan. Hasil kajian juga mendapati belia pada hari ini mempunyai kesedaran dan pengetahuan terhadap isu privasi dan keselamatan ketika dalam talian di media sosial. Kajian ini memberi maklumat yang penting untuk memahami, menilai kesedaran dan pengetahuan belia di Malaysia terhadap privasi maklumat dan keselamatan di media sosial untuk meneroka kehidupan dalam era 4IR dan persekitaran digital pada masa hadapan terutamanya pada tahun 2050.

__________________________________

Social media apps are now widely used to spread and display information to users. Information like text, graphics, audio, animation and video can be shared online easily and quickly. Additionally, social media apps make it easy for users to connect and build personal network with other users. If viewed from the context of security and privacy risk, this will affect users as their information and activities are easily accessible via social networks. The issue here is how far today's youth have the awareness, understanding and knowledge of the safety and privacy of personal information when communicating online. Some 1600 Malaysian youth were interviewed using questionnaire as instrument. The findings show that the majority of the youth use social media apps more than 3 hours a day, the most popular are Facebook, Whatsapp and Instagram. They use social media apps to find general information, connect with friends and interact with family members through the chat facilities provided. The findings also found that today's youths have the awareness and knowledge of privacy and security issues on social media. This study provides important information to understand, assess the awareness and knowledge of youth in Malaysia with regard to information and security on social media in exploring life in the 4IR era and the digital environment in the future, especially in 2050.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia