PERANAN PENDIDIKAN TERHADAP MOBILITI SOSIAL KOMUNITI IBAN LUAR BANDAR DI DAERAH KECIL SPAOH, SARAWAK: SATU KAJIAN FENOMENOLOGI (The Role of Education towards Iban Community Social Mobility in Rural Area at Spaoh District, Sarawak: A Phenomenological Study)

Novel Lyndon, Hubert Ron Ragam, Mohd Helmi Abd. Rahim

Abstract


Mobiliti sosial adalah satu proses perubahan atau pergerakan seseorang atau sesuatu kelompok daripada satu kedudukan kepada kedudukan yang lain dalam sesebuah masyarakat dan boleh berlaku antara generasi dan juga secara inter generasi. Dimensi pendidikan dilihat sebagai antara faktor yang paling utama mempromosikan mobiliti sosial sesebuah komuniti khususnya terhadap komuniti luar bandar. Oleh itu, fokus utama kajian ini ialah untuk meneliti makna pendidikan daripada pandangan dunia komuniti Iban luar bandar dan bagaimana pandangan komuniti ini terhadap pendidikan menjadi agen kepada perubahan status sosial dan ekonomi.  Ontologi idealis dan epistemologi interpretisme telah digunakan dalam kajian ini. Data dalam kajian ini dikumpul menggunakan kaedah temubual mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta. Teknik persampelan bertujuan dan snowball telah digunakan dalam memilih informan dalam kajian ini. Jumlah informan dalam kajian ini adalah sejumlah 20 orang dan jumlahnya ditentukan berdasarkan ketepuan data. Kesahihan dan kebolehpercayaan data kajian ini ditentukan menggunakan pendekatan penyemakan tema dengan komuniti. Hasil kajian mendapati makna pendidikan menurut komuniti Iban luar bandar dalam kajian ini boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu makna ekonomi, status sosial atau hieraki, prestij, kebanggaan dan kelangsungan hidup. Hasil kajian juga mendapati pandangan komuniti ini terhadap pendidikan telah membantu mereka untuk keluar daripada arus kemiskinan dan meningkatkan kedudukan sosial mereka dalam struktur sosial masyarakat moden. Kesimpulannya, pandangan komuniti Iban luar bandar terhadap pendidikan telah membantu mewujudkan empat kriteria utama dalam pembentukan susun lapis masyarakat etnik Iban luar bandar iaitu kekayaan, kekuasaan, kehormatan dan ilmu pengetahuan atau tahap pendidikan.

 _______________________

 

Social mobility is a process of change or movement of a person or group from one position to another in a society and can occur between generations and also between intergenerational. The dimensions of education are seen as among the most prominent factors in promoting the social mobility of a particular community, especially towards the rural community. Hence, the main focus of this study is to examine the meaning of education from the world view of the Iban community and how this community's view of education becomes an agent of change in social and economic status. The idealist and epistemological interpretation of ontology has been used in this study. The data in this study were collected using in-depth interviews and non-participating observations. A purposeful sampling technique and snowball have been used in selecting informants in this study. The number of informants in this study was 20 and the number was determined based on data saturation. The validity and reliability of this research data were determined using a theme review approach with the community. The findings show that the meaning of education according to the rural Iban community in this study can be divided into five types such as economic meaning, social status or hierarchy, prestige, pride and survival. The findings also found that this community's view on education has helped them to escape from poverty and improve their social status in the social structure of the modern society. In conclusion, the views of the rural Iban community on education have helped create four key criteria in the formulation of layers of rural Iban ethnic communities namely wealth, power, honor and knowledge or education level.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia