PENGGUNAAN RADIONUKLID 137Cs DALAM KAJIAN HAKISAN TANIH JANGKA PANJANG

Mokhtar Jaafar

Abstract


Kajian hakisan tanih jangka panjang mengguna radionuklid 137Cs sebagai penyurih
telah dilaksanakan di ladang jagung Little Landside, Devon, England. Persampelan
tanih dalam kajian ini berdasarkan pendekatan transet, dan pengumpulan sampelsampel
tanih dilakukan ketika musim sejuk 2004. Kajian melibatkan pengukuran
kandungan 137Cs dalam tanih, dan analisis taburan semula tanih. Kandungan 137Cs
bagi setiap sampel tanih diukur melalui penggunaan pengesan spektrometri gamma
HPGe, manakala taburan semula tanih dianalisis melalui model keseimbangan jisim
III. Pengukuran kandungan 137Cs mendapati nilai inventori adalah 23.4% lebih rendah
daripada nilai rujukan inventori (2427.8 Bq m-2), dan ini membuktikan berlaku
hakisan tanih di tapak inventori. Analisis taburan semula tanih pula mendapati keduadua
transet mencatat jumlah hakisan antara ca. 92-100 t ha-1 thn-1, dan kehilangan
tanih bersih berkadar antara ca. 90-93 t ha-1 thn-1. Bahagian atas cerun (dalam jarak 0-
50 m) mencatatkan jumlah hakisan tanih tertinggi, dengan nilai purata 16.25 t ha-1 thn-
1. Kadar hakisan tanih kasar tercatat sebanyak 7.2 t ha-1 thn-1, manakala kadar hakisan
bersih pula adalah 6.4 t ha-1 thn-1. Keadaan ini menghasilkan nisbah pengeluaran
sedimen sebanyak 89%. Kesimpulan daripada kajian ini dapat dinyatakan seperti
berikut: kehilangan tanih adalah pada kadar yang sangat tinggi, dan berlaku mobiliti
sedimen keluar daripada sempadan ladang yang mungkin digerakkan oleh air larian
permukaan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia