CIRI PERSEKITARAN HIDROLOGI DAN SEDIMENTASI SUNGAI TELOM, CAMERON HIGHLANDS (Hydrology and Sedimentation Characteristics in Sungai Telom, Cameron Highlands)

Noraini Wahida binti Abdullah, Mohd Ekhwan Hj.Toriman

Abstract


Permodelan sungai memainkan peranan yang penting dalam meramalkan tindakbalas sungai terhadap
perubahan yang berlaku, sama ada secara semulajadi atau buatan. Objektif kajian adalah menganalisis
ciri hidraulik dan hidrologi serta mengkaji tren luahan sedimen yang masuk ke Sungai Telom,
Cameron Highlands. Kajian bagi mengumpulkan data hidraulik dan hidrologi telah dijalankan pada 28
Oktober 2008 manakala persampelan sedimen dan air bagi mengkaji tren luahan sedimen di Sungai
Telom telah dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada 28 Oktober dan 8 Februari 2009. Di dalam kajian
ini, perisian1-D-Hidrodinamik XPSWMM telah dipilih dan digunakan bagi mensimulasikan aliran
terus satu dimensi di Sungai Telom, Cameron Highlands. Proses kalibrasi dan validasi telah dilakukan
bagi memastikan kejituan model. Permodelan hidraulik menunjukkan anggaran luahan penuh yang
masuk ke Sungai Telom adalah pada link 7 iaitu 1.02 m3/s dan link 17 iaitu sebanyak 2.40 m3/s. Bagi
melihat tren luahan sedimen pula, analisis sedimen telah dilakukan dan hasil kajian mendapati,
anggaran muatan sedimen yang masuk ke Sungai Telom adalah tinggi iaitu kira-kira 172,324.56
kg/km²/tahun. Manakala peratusan sedimen menunjukkan bahawa pasir halus dan kasar lebih
dominan di Sungai Telom.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia