PENGARUH MEDIA MASSA TERHADAP PERUBAHAN SOSIAL MASYARAKAT (Mass Media Effect on Changes in Social Community)

Sohana Abdul Hamid

Abstract


Media massa merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi dalam bidang informasi dan komunikasi. Pengaruh media massa berbeza-beza terhadap setiap individu. Hal ini disebabkan kerana adanya perbezaan corak pemikiran, perbezaan sifat yang terkesan pada pengambilan sikap, hubungan sosial sehari-hari dan perbezaan budaya. Manakala era globalisasi pula memiliki pengaruh yang kuat disegala dimensi kehidupan masyarakat. Hal ini menyebabkan terjadinya perubahan-perubahan sosial baik secara positif mahupun negatif. Perkembangan teknologi membuatkan masyarakat tersepit diantara dua pilihan.  Di satu pihak masyarakat menerima kehadiran teknologi, di pihak yang lain kehadiran teknologi moden jesteru menimbulkan masalah-masalah yang bersifat struktural yang menambahkan di semua aspek kehidupan masyarakat. Dewasa ini kemajuan teknologi informasi yang menuju kearah globalisasi komunikasi dirasakan cenderung berpengaruh langsung terhadap tingkat peradaban masyarakat dan bangsa.  Media massa merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi informasi dan komunikasi, melalui media massa yang semakin banyak berkembang memungkinkan informasi menyebar dengan mudah pada masyarakat. Informasi dalam bentuk apapun dapat di sebar luaskan dengan mudah dan cepat sehingga mempengaruhi corak pandangan, gaya hidup, serta budaya suatu bangsa. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan pengaruh media massa terhadap kehidupn sosial masyarakat kini yang harus mendepani arus globalisasi.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia