BENAZIR BHUTTO DALAM PEMBENTUKAN PERADABAN ISLAM DI PAKISTAN (Benazir Bhutto In The Emergence Of Pakistan Civilization)

Rohaini Amin, Ayu Nor Azilah Mohamad

Abstract


Kajian ini adalah bertajuk Benazir Bhutto Dalam Pembentukan Peradaban Islam Di Pakistan. Ia adalah bertujuan untuk meninjau pembangunan Peradaban Islam dalam pandangan yang lebih besar khususnya di negara Pakistan pada era moden. Pakistan selepas tahun 1947 menunjukkan perubahan ketara khususnya dalam aspek politik dan tidak dapat dinafikan bahawasanya Islam telah memainkan peranan penting terhadap tokoh-tokoh politik Pakistan. Selain pengaruh Islam, terdapat juga faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi perkembangan politik di Pakistan seperti pengaruh ketenteraan, peranan ulama, peranan keluarga berpengaruh dan peranan masyarakat pertengahan. Berdasarkan isu-isu  yang diketengahkan tersebut, kajian ini akan menunjukkan feudalisme dan peranan keluarga tuan tanah seperti keluarga Bhutto adalah faktor besar di Pakistan  dalam peringkat politik tempatan dan antarabangsa. Melalui nama keluarganya, Benazir muncul sebagai tokoh utama di Pakistan. Walau bagaimanapun, tradisi dan budaya tempatan turut memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Pakistan khususnya kelompok wanita yang sering diperlihatkan sebagai masyarakat „kelas kedua‟ yang mana mereka ini rata-rata tidak berpeluang terbuka kepada dunia luar kecuali sebagai suri rumah dan menjalankan tugas dalam kalangan keluarga di rumah sendiri. Sekiranya mereka keluar bekerja, jawatan yang mereka sandang adalah lebih rendah dari kedudukan lelaki dan perkara ini berterusan sehinggalah kemunculan Benazir. Kemunculan Benazir telah dilihat oleh kelompok wanita sebagai „pembela‟ dan kejayaan beliau telah membuktikan bahawa wanita bukanlah „masyarakat kelas kedua‟. Kajian ini akan menunjukkan bagaimana Benazir menghadapi pelbagai cabaran sehingga beliau berjaya meletakkan dirinya dikedudukan penting di Pakistan kemudiannya. Sehingga kini, hanya terdapat sebilangan kecil pengkajian ke atas Pakistan dalam Bahasa Melayu. Diharapkan kajian ini akan menjadi penggalak kepada kajian seterusnya sebagai sumbangan kecil dalam memahami peradaban Islam secara lebih lagi.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia