ANCAMAN SEKURITI MAKANAN TERHADAP KOMUNITI LANOH: KAJIAN KES DI KAMPUNGAN AIR BAH, LENGGONG, PERAK (Food Security Threats Against Community Lanoh: Case Study in Kampung Air Bah, Lenggong, Perak)

Nor Haidanadia Hasni, Mustaffa Omar, Sharina Abdul Halim, Nurasyikin Ghazali

Abstract


Makanan merupakan keperluan asas manusia yang sangat penting untuk pertumbuhan fizikal dan perkembangan minda. Oleh itu, kajian ini bertujuan membincangkan faktor yang menyumbang kepada keterancaman sekuriti makanan komuniti Lanoh daripada aspek ketersediaan makanan, kebolehcapaian makanan, penggunaan makanan dan kestabilan bekalan makanan. Kajian dilakukan menggunakan kaedah kaji selidik dan temu bual. Sebanyak 47 orang responden terlibat dengan soal selidik dan temu bual secara mendalam melibatkan 10 orang responden. Hasil analisis menunjukkan bahawa realitinya komuniti Lanoh sedang berhadapan dengan ancaman sekuriti makanan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka. Selain itu, faktor kebolehcapaian makanan yang terhad seperti pendapatan yang rendah, ketiadaan pemilikan kenderaan, tiada kemudahan pengangkutan awam disediakan dan keadaan jalan yang kurang memuaskan telah mengehadkan keupayaan mereka untuk mendapatkan makanan. Dari aspek pemakanan menunjukkan komuniti ini mengamalkan diet pemakanan yang kurang sihat dan seimbang iaitu kurang pengambilan makanan berunsurkan protein dan produk tenusu yang baik untuk pertumbuhan dan kesihatan. Akhirnya, pembalakan menyebabkan berlakunya kemusnahan kepada sumber hutan dan memberi ancaman kepada kestabilan bekalan makanan penduduk pada masa hadapan. Oleh itu, faktor kurangnya ketersediaan dan kebolehcapaian kepada makanan yang sihat dan mencukupi, amalan diet pemakanan yang tidak seimbang dan berlakunya ketidakstabilan bekalan makanan merupakan faktor ancaman berlakunya sekuriti makanan kepada komuniti Lanoh yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia