MEMPERKUKUH KESEPADUAN SOSIAL: KAJIAN KE ATAS KOMUNITI PENDUDUK TEMPATAN DAN ORANG LUAR (WARGANEGARA) DI PULAU LABUAN, MALAYSIA (Sthrengthening social cohesion: A study of the locals and outgroups (citizens) in a community in Pulau Labuan, Malaysia)

Mohd. Sharial Bungsu, Rahimah Abdul Aziz

Abstract


Pada hari ini bukanlah suatu tugas yang mudah untuk memperkukuh kesepaduan sosial dalam sesebuah komuniti bagi penduduknya yang hidup dalam keadaan tenang dan tegang bersilih ganti. Keadaan stabil tetapi tegang yang wujud dalam kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini bermaksud pelbagai cabaran masih wujud menguji kesepaduan sosial yang dibina rakyat. Segalanya dipengaruhi oleh interaksi sosial antara kelompok dalam komuniti tersebut. Justeru itu, objekif utama kajian ini adalah untuk meneliti pengaruh interaksi sosial terhadap kesepaduan sosial antara kelompok dalam sesebuah komuniti. Kajian ini menggunakan paradigma penyelidikan kajian kes yang memfokuskan kepada pengalaman interaksi sosial antara informan dengan anggota daripada kelompok berlainan. Untuk tujuan itu, seramai 12 orang informan penduduk tempatan dan enam orang informan orang luar (warganegara) telah dipilih sebagai sampel kajian. Sampel kajian ini dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Hasil kajian mendapati bahawa kekerapan kontak sosial dan komunikasi antara kelompok berupaya mengukuhkan kesepaduan dalam komuniti. Kesimpulannya, interaksi sosial antara kelompok yang positif, kerap dan mesra merupakan prasyarat utama untuk mengukuhkan kesepaduan sosial antara kelompok dalam sesebuah komuniti.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia