BANDAR SELAMAT DAN KESELAMATAN KOMUNITI BANDAR SELAMAT (Safe City and Community Safety of Safe City)

Jalaluddin Abdul Malek, Mohd Asruladlyi Ibrahim

Abstract


 

Perancangan bandar merupakan satu seni dan sains pengurusan yang mengatur kehidupan penduduk dan komuniti bandar supaya sejahtera dari sudut material dan bukan material. Sejarah perkembangan bandar yang pesat di Malaysia bermula era zaman kolonial. Era perindustrian di England banyak memberi kesan kepada pembangunan bandar-bandar di Malaysia. Sejarah pemikiran pembangunan bandar dan komuniti bandar di Malaysia banyak merujuk konsep garden city dan berpaksikan pemikiran Chicago School sehinggalah ke era  paska merdeka.  Ini terbukti lahir konsep baru pembangunan komuniti bandar yang disadur daripada ilmu kolonial seperti konsep bandar pintar, bandar mapan, bandar sejahtera dan yang terkini bandar selamat. Konsep bandar selamat misalnya bertujuan untuk menyelesaikan isu sosial komuniti bandar seperti mencegah kejadian jenayah dan menjaga kesejahteraan penduduk. Sehubungan itu makalah ini membincangkan sejauh mana hasil perancangan bandar selamat dapat memastikan komuniti bandar benar-benar selamat dari aspek fizikal dan sosialnya.  Epistemologi perbincangan ini berasaskan falsafah etika deontologikal iaitu melihat sejauh mana pengurusan komited bandar selamat memberi kesejahteraan kepada komuniti sosial penduduk bandar. Hasilnya terdapat tujuh ciri kawal selia yang baik (good governance) bandar selamat yang dapat merealisasikan keselamatan komuniti bandar selamat.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia