REMAJA BERCINTA: KAJIAN TERHADAP TIGA JENIS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN, AGAMA DAN AGAMA SWASTA (Teenagers Love: Research on the Three Types of Secondary School, National, Religous, and Private Religous School)

Zulaiha Ali Othman, Roslan Ahmad, Umi Nadzrah Ali Othman, Zurina Muda

Abstract


ABSTRAK

Remaja bercinta adalah fenomena percintaan antara dua pasangan berlainan jantina di alam persekolahan. Fenomena remaja bercinta yang tidak terkawal boleh membawa kepada permasalahan gejala sosial remaja seperti lari rumah, buang anak, keruntuhan akhlak, dan lemah dalam pelajaran. Kebanyakan kehidupan zaman remaja dihabiskan di alam persekolahan. Di samping peranan ibu bapa, sekolah adalah tempat yang penting untuk memberi pendidikan berkesan terhadap remaja. Selain daripada memberi penekanan terhadap akademik, sekolah juga bertanggungjawab memberi pendidikan tentang isu percintaan dalam kalangan remaja, agar mereka memahami hakikat bercinta. Oleh itu kajian dilakukan terhadap tiga jenis sekolah menengah; sekolah menengah kebangsaan, sekolah menengah agama dan sekolah menengah agama persendirian bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana remaja bercinta, faktor remaja bercinta dan hubungannya terhadap pencapaian akademik. Sebanyak 431 soal selidik telah diterima dari 6 buah sekolah, 2 sekolah mewakili setiap jenis sekolah. Tiga jenis sekolah ini mempunyai persamaan dari aspek kandungan pembelajaran akademik, persekitaran fizikal seperti kemudahan, sekolah jenis campuran jantina dan   guru yang bertauliah. Manakala ia mempunyai perbezaan dari perlaksanaan pendidikan, aktiviti kerohanian dan suasana sekolah yang diwujudkan oleh pihak pengurusan. Hasil dapatan mendapati sekolah menengah agama swasta mempunyai paling kurang peratusan remaja bercinta (<10%) berbanding sekolah menengah agama (50%) dan sekolah menengah kebangsaan (80%). Hasil kajian juga mendapati bahawa remaja bercinta tidak memberi pengaruh terhadap  akademik mereka. Kelima-lima faktor seperti diri, rakan, keluarga, media dan internet dikenalpasti mempengaruhi remaja bercinta, bagaimanapun kajian mendapati terdapat perbezaan yang ketara pada jenis sekolah. Hasil kajian dapat disimpulkan bahawa perlaksanaan pendidikan, jenis aktiviti kerohanian dan suasana sekolah sangat mempengaruhi sikap remaja dan secara tidak langsung memberi kesedaran kepada remaja akan hakikat bercinta yang sebenar dan seterusnya menghindarkan mereka terjebak cinta dalam zaman remaja.

ABSTRACT

Teenagers love is the phenomenon of love between a couple of the opposite sex during their school life. Phenomena of uncontrolled teenagers in love can lead to teenagers social problems such as run away from home, dissmissed child, immorality and lack in their studies. Most teenagers’ life was spent in school. Despite the parents’ roles, school plays an important role to provide an effective education for teenagers. Apart from emphasising on academics, a school is responsible for providing education on an issue of affection among the teenagers, so that they understand the essence of love. Thus, the study of three types of secondary schools: public school, religious schools and private religious school, aims to identify the limitation of teenagers’ love, its factors and relationship to the academic performance. A total of 432 questionnaires were received from six schools, two schools representing each type of school. These three types of schools have similarities in terms of academic learning content, physical environment such as facilities, schools’ types are mix in gender and qualified teachers, while it has differences in term of educational implementation, spiritual activities and school environment, formed by the school management. Findings shows that private religious schools have the least of the percentage of teenagers in love (<10%) compared to religious school (50%) and public schools (80%). The study also found that the teenagers in love are not affected their academic. All five factors such as the teenager, friends, family, media and Internet are identified could influence the teenagers to be in love; however the study found significant differences in the type of school. The study concluded that the implementation of education, type of spiritual activities and school environment are greatly impact the behavior of teenagers and indirectly could bring awareness to the teenagers the fact of a true love and thus prevent them of getting involve with love in their puberty life.

 


Full Text:

PDF

References


Abraham H. Maslow. 1970. Motivational Personality. New York: Harper & Row.

Abdullah Nasih Ulwan. 1989. Islam dan Cinta. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Abdullah Nasih Ulwan. 2007. Cinta dalam pandangan Islam. Terj. Bandung: Irsyad Baitus Salam.

Alden, L.E., Beiling, P.J., & Meleshko, K.G.A. 1995. An Interpersonal Comparison of Depression and Social Anxiety. In Craig, K.D., & Dobson, K.S. (pnyt.). Anxiety depression in adults and children. Thousand Oaks CA: Sage

Ahmad Nashib al-Mahamid. 2002. Memadu Cinta di Taman Islam. Indonesia: Pustaka Indonesia.

Aida Adreena Shamsuddin. 2005. Hubungan Cinta Dalam Kalangan Remaja: Satu Tinjauan Kes Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abd Aziz Shah Kajang. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.

‘Aidh Abdullah al-Qarni. 2006. Korban Cinta. Terj. Bandung: Alif Media.

Asyraf Abdul Rahman. 2006. Cinta antara khayalan dan realitas. Terj. al-Hubb baina al- Wahami wa al-Haqiqah. Jakarta: Najla Press.

Azlan Hafeedz. 2008. Asmara Guru Pelatih, Ibu bapa gadis 18 tahun menangis di hadapan anggota penguat kuasa JHEAIK akibat malu. Harian Metro, 30

Disember.

Chairil Ehsan. 2007. Formula Membanteras Jenayah. Dewan Masyarakat Bil 06. Jun: 66.

Berk Laura E. 2007. Development Through The Lifespan, Fourth Edition, Pearson International Edition: 24- 362

Bronfrenbrenner, U. 2005. Making human beings human: biological perspectives on human development. Thousand Oaks: Sage Publications.

David, O.S. & Jonathan, L.F. 1985. Social Psychology. Peplau: Prentice-Hall, Inc.

Fadzilah Kamsah. 2011. Menangani Anak Biadab. Kuala Lumpur: Telaga Biru.

Fadzilah Kamsah & Syaidatun Nazirah. 2008. Psikologi Cinta. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn Bhd.

Fadzilah Jabar. 2006. 2 Jiwa Satu Cinta. Shah Alam: Alaf Dua Puluh Satu Sendirian Berhad.

Fuad Hadinata Yaacob & Shamran Sarahan. 2009. Remaja Megah Tiada Dara Kutuk Rakan Masih Suci, Harian Metro, 4 Januari: 10.

Freedman & Carlsmith. 1981. Social Psychology. 4nd edition. New Jersey: Prentice Hall.

Halimatusyakdiah Bahari. 2005. Peranan Psikoterapi Islam dan Menangani Masalah Cinta Remaja. Latihan Ilmiah, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.

Hasnan Kasan. 2000. Cinta dan Seks Menurut Perspektif Islam. Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu.

Hendrick, C., Hendrick S.S., &Dicke, A. 1998. The Love Attitudes Scale: Sort Form. Journal of Social and Personal Relationships 15 (2): 147-159.

Hendrick, C. & Hendrick S.S. 1986. A Theory and Method of Love. Journal of Personality and Social Psychology 50: 392-402.

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. 2003a. Cinta dan Rindu Menurut al-Quran dan Sunah. Kuala Lumpur: Al Baz Publishing & Distribution Sdn. Bhd.

Ibnul Qayyim al-Jauziyyah. 2003a. Penawar Hati yang Sakit. Jakarta: Gema Insani.

Jas Laile Suzana. 2008. Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Selangor: Arah Publications.

Kamus Dewan. 2005. Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairi Mohamad. 2009. Keluarga Restui Rauf Bangladesh. Kosmo, 24 Jan.

Khairul Ghazali. 2009. Berdialog dengan Allah di keheningan Malam. Kuala Lumpur: Mustread Sdn. Bhd.

Khaidzir Ismail, Jawiah Dakir, Fariza Md Sham & Hanina Hamsan. 2009. Psikologi Islam Falsafah, Teori dan Aplikasi. Bangi: Institut Islam Hadhari UKM.

Ku Muhamad Asmadi Ku Mohd Saad & Nor Syahida Ahmad. 2009. Tips Mutiara Motivasi Cinta Islam. Selangor: Pustaka Haji Abdul Majid.

Lasswell, T.E & Lasswell, M.E. 1976. I love but I’m not love with you. Dlm. Martin, J.D, Blair, G.E, Nevels, R. & Fitzpatrick, J.H. (pnyt.). A Study of relationship of style of loving and marital happiness. Psychological Reports 66: hlm. 123-128. t.tp: t.pt.

Luqman Hakim Ab Rahim. 2009. Pelajar ikut Rauf Bangladesh. Kosmo, 24 Januari.

Mohamad Sofee Razak. 2009a. Anak kita dewasa sebelum masanya. Harian Metro, 3 Mac: 14.

Mohamad Sofee. 2009b. Kekasih ketagih seks ugut klip bogel. Harian Merto, 3 Mac: 5.

Mohd Zainuddin Surip. 2009. Pelajar koma dibelasah meninggal dunia. Mahkamah & Jenayah. Sinar, 22 Februari.

Muhammad al-Ghazali. 2008. Akhlak Seorang Muslim. Kuala Lumpur: Crescent News Sdn. Bhd.

Muhsin Labib. 2004. Jatuh Cinta: Puncak Pengalaman Mistis. Jakarta: PT Lentera Basritama.

Murthy Kavith, Rotzien Andrea & Vacha Tammi. 1996. Second-order Structure Underlying the Hendrick-Hendrick Love Attitude Scale. Journal Educational and Psychologycal Measurement: 108-121.

M Sorihin Othman. 2009. Pelajar Hamil 4 Bulan Angkara Teman Lelaki Tak Maaf Sampai Mati. Mingguan Warta Perdana, 22 Februari.

Nur Sharieza Ismail & Hasniza Hussain. 2010. Bayi atas tong sampah. Sinar Harian, 30 Jun: N14.

Ramli Husin. 2009. Wanita, 4 lelaki ditangkap khalwat, suspek mengaku seorang sudah dilayan, tiga tunggu giliran. Berita Harian, 28 Jan.

Robiah Kulop Hamzah. 1997. Remaja dan Cabaran Hidup. Selangor: Dewan Pahasa dan Pustaka

Robiah Kulop Hamzah. 2006. Kenapa Perlu Bercinta. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd.

Rohimuddin Nawawi. 2008. Cinta di Ambang Perkahwinan. Selangor: Penerbitan Dar Hakamah.

Rubin, Z. 1973. Liking and loving. New York: Holt, Rinehart & Winston.

Said Hawa. 2008. Jangan Melangkah Jauh daripada Kehidupan Dunia. Selangor: Berlian Publications Sdn. Bhd.

Siti Balkis Budin. 2007. Hati-hati dengan Penyakit Bawaan Seks. Dewan Masyarakat, 1 Jun.

Sternberg R. J. 1994. Pathways to Psychology. Fort Worth: Harcourt Brace College Publishers.

Sufean Hussin & Che Zainon Omar. 2002. Masalah Remaja daripada Keluarga Ibu Tunggal, Siri Laporan Kajian Masyarakat. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

Surianti Ahmad Kamsan. 2004. Sikap remaja terhadap cinta dan hubungannya dengan prestasi akademik. Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari