Penghakiman Tribunal Antarabangsa Untuk Undang-Undang Laut (ITLOS) dalam Isu Penambakan Wilayah di Singapura (The Judgment of International Tribunal For The Law of The Sea (ITLOS) On The Issue of Singapore’s Land Reclamation)

Akmalhisham Jasni, Sharifah Munirah Alatas, Sharifah Mastura Syed Abdullah

Abstract


Penambakan wilayah adalah satu teknik yang merujuk kepada kerjakerja pengorekan pasir di sesuatu lokasi, dan pasir itu kemudiannya ditimbus ke lokasi tertentu di pinggir pantai bagi meninggikan aras permukaan dasar laut sehingga menjadi tapak muka bumi yang baru. Di antara negara yang sangat giat melakukan aktiviti penambakan wilayah di rantau Asia Tenggara ialah Singapura. Kajian ini menumpukan analisis prosiding penambakan wilayah Singapura di Tribunal Antarabangsa untuk Undang-Undang Laut (ITLOS) yang melibatkan negara jiran terdekatnya Malaysia. Pengumpulan maklumat primer dilaksanakan secara pemerhatian terus di lapangan dan juga membuat beberapa temubual mendalam. Manakala maklumat sekunder diperolehi melalui kajian kepustakaan. Hasil akhir kajian kumpulan pakar bebas (GOE) telah mengesahkan dakwaan awal kerajaan Malaysia bahawa, kerja-kerja penambakan wilayah Singapura di Tuas dan Pulau Tekong telah menyebabkan beberapa impak negatif seperti pencemaran di perairan laut Malaysia dan menyempitkan laluan perkapalan di Selat Johor. Justeru permohonan provisional measures kerajaan Malaysia sememangnya mempunyai asas kes yang sangat kukuh. Pada 26 April 2005, kedua-dua wakil kerajaan telah menandatangani perjanjian bersama secara rasmi untuk menamatkan pertelingkahan di dalam isu penambakan wilayah ini. Walaubagaimanapun, isu tuntutan kerajaan Malaysia di Titik 20 tidak dibincangkan di dalam prosiding ini, namun kedua-dua pihak bersetuju agar rundingan diplomatik yang berasingan di adakan.

Kata kunci: penambakan wilayah, provisional measures, ITLOS, Titik 20, GOE


Full Text:

PDF

References


Ashraf Abdullah. 2002. Is Singapore’s reclamation work justifiable under

international law? New Straits Times, 9 March:1.

Cambell, R.W. 2008. Earthshots: Satellite images of environmental change. http://earthshots.usgs.gov [23 Februari 2013].

Charney, J.I. 2005. International Maritime Boundaries. Netherlands: Martinus Nijhoff Publishers.

Chew J.L.S. 2014. Kepentingan penambakan wilayah di Singapura pada

perspektif penduduk tempatan, Singapura. Temubual, 27 November.

Ching, Y.M. 2002. Spat over reclamation issue joins a long list of tit-for-tats.

http://www.malaysiakini.com/opinions/21371 [24 Ogos 2013].

Chong A.C.S. 2014. Isu penambakan wilayah di Singapura, Singapura.

Temubual, 26 November.

D’Angremond, K., Falconer, R.A., Fleming, C.A. & Kamphuis, J.W. 2004.

Impact of Singapore Land Reclamations: Report of the Group of

Independent Experts (GOE) in the matter of ITLOS Order of 8

October, 2003. Hamburg: International Tribunal for the Law of the

Sea

ITLOS. 2001. Mox Plant (Ireland v. United Kingdom), Provisional Measures,

Order of 3 December 2001. Hamburg: International Tribunal for the

Law of the Sea.

ITLOS. 2003a. Request for Provisional Measures Submitted by Malaysia.

Hamburg: International Tribunal for the Law of the Sea.

ITLOS. 2003b. Minutes of Public Sittings. Hamburg: International Tribunal

for the Law of the Sea.

ITLOS. 2003c. Response of the Republic of Singapore. Hamburg: International Tribunal for the Law of the Sea.

Department of Environment Malaysia. 2007. Environmental Impact Assessment (EIA) Guidance Document for Coastal and Land Reclamation

Activities.

Dewan Rakyat Malaysia. 2014. Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-

Pertanyaan. Penyata Rasmi Dewan Rakyat, hlm. 179-181. Parlimen

Ketiga Belas Penggal Pertama.

Kog Y. 2006. Environmental Management and Conflict in Southeast Asia -

Land Reclamation and its Political Impact. Singapore: Institute of

Defence and Strategic Studies.

Koh, T. 2005. Talk to NUS Law Students on the Land Reclamation Case. http:// lkyspp.nus.edu.sg/wp-content/uploads/2013/04/sp_Tommkoh_Talk-

to-NUS-Law-Students_14-Apr-05.pdf [23 Januari 2013].

Koh, T. & Lin, J. 2006. The Land Reclamation Case: Thoughts and Reflections.

Singapore Year Book of International Law and Contributors (SYBIL)

X(10): 1-7.

Li, L. 2002. Sailing into troubled waters. The Star, 10 March: 13.

Nik Anuar Nik Mahmud, Mohd Fuad Jali & Mohammad Agus Yusoff. 2004.

Penambakan Laut oleh Singapura dan Kesannya ke atas Sempadan

Wilayah dan Sosio Ekonomi Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Qing, K.G. 2005. Singapore finds it hard to expand without sand. Reuters

April: 14.

Schwartz, M.L. 2005. Encyclopedia of Coastal Sciences. Netherlands:

Springer.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.


JEBAT : Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 
Center for Research in History, Politics and International Affairs,
Faculty of Social Sciences and Humanities, 
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi Selangor, Malaysia.

eISSN: 2180-0251

ISSN: 0126-5644