Pemuliharaan beberapa bangunan bersejarah di Kelantan: Tinjauan ke atas penglibatan komuniti setempat dalam suai guna semula (Conservation of several historic buildings in Kelantan: A survey on involvements of the local community in adaptive reuse)

Daeng Haliza Daeng Jamal, Zuliskandar Ramli

Abstract


Bangunan bersejarah merupakan salah satu nilai kebudayaan yang melambangkan identiti sesebuah bangsa. Usaha untuk memulihara dan memelihara bangunan bersejarah daripada ancaman kemusnahan perlu dilakukan secara komprehensif dan komited oleh semua pihak termasuk komuniti setempat. Hal ini kerana komuniti setempat merupakan pihak yang paling hampir untuk dirujuk dalam usaha melindungi aset warisan daripada ancaman kepupusan. Komuniti setempat juga adalah kelompok yang akan menerima manfaat hasil usaha pemuliharaan dan pemeliharaan warisan. Oleh itu, kajian ini bertujuan membincangkan penglibatan komuniti setempat dalam usaha memulihara dan memelihara bangunan bersejarah di kawasan mereka khususnya menerusi pendekatan suai guna semula. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan data dianalisis dengan pendekatan analisis tematik. Kerangka Tangga Penyertaan (Ladder of Participation) yang dikemukakan oleh Arnstein dijadikan panduan dalam menganalisis penglibatan komuniti bagi kajian ini. Hasil tinjauan di lapangan mendapati, komuniti setempat di kedua-dua jajahan ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memulihara dan memelihara bangunan bersejarah dengan menggunakannya semula. Masjid Lama Kedai Mulong telah dibina oleh penduduk kampung dengan menggunakan pendekatan suai guna semula. Komuniti Peranakan Cina di Tanah Merah juga didapati mempunyai kesedaran dan komitmen untuk melindungi rumah tradisional mereka daripada ancaman kemusnahan. Hal ini dibuktikan dengan wujudnya Galeri Peranakan Cina Kelantan hasil penyesuaigunaan semula salah satu rumah tradisional komuniti ini. Secara tidak langsung kajian ini membuktikan selain pihak kerajaan, komuniti setempat turut membantu dan proaktif dalam melestarikan warisan setempat. Pemuliharaan aset warisan yang turut disertai komuniti setempat dilihat memberi impak positif kepada perkembangan ekonomi dan sosial setempat. Komuniti setempat turut berpotensi memperoleh manfaat daripada pelancongan warisan yang wujud di kawasan mereka.

Kata kunci: Bangunan bersejarah, Kelantan, komuniti setempat, pemuliharaan, penyesuaigunaan semula, pelestarian warisan

A historic building is an integral part of cultural values that may symbolise a national identity. It is thus suggested that efforts of conservation and preservation should be collectively shouldered including the local community to prevent destruction. This study aims at explore the involvements of the local communities in their efforts of conserving and preserving the several historic buildings in Kelantan through the adaptive reuse approach. The study will use a qualitative method and data analysis with a thematic analysis approach. The Ladder of Participation framework introduced by Arnstein was used to analyse the involvement of local communities in conserving the historic buildings. Findings of field observation found that local communities in these two districts have shown their high commitments in the conservation and preservation of historic buildings using the adaptive reuse approach. Kedai Lama Mulong Mosque built by villagers using adaptive reuse approach. Peranakan Chinese community in Tanah Merah also found have an awareness and commitments to protect their traditional house from the threat of destruction. This proved by the existence of Galeri Peranakan Cina Kelantan which was built by reusing their traditional house. Indirectly, this research proves that, apart from the state government, the local communities with their proactiveness and helps, may contribute significantly in efforts of heritage sustainability. Conservation of heritage asset that also involving the local community seen has results a positive impact to economic growth and social. The local community also has the potential to gain benefit from heritage tourism that exists in their area.

Keywords: Historic building, Kelantan, local community, conservation, adaptive reuse, heritage sustainability


Keywords


Bangunan bersejarah; Kelantan; komuniti setempat; pemuliharaan; penyesuaigunaan semula dan pelestarian warisan.

Full Text:

PDF

References


A. Ghafar Ahmad. (2010). Siri syarahan umum pelantikan profesor: Pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia: Pengalaman dan cabaran masa hadapan. Pulau Pinang, Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Arnstein, S. (1969). A ladder of citizen participation. Journal of the American Institute of Planners, 35(4), 216–224.

Bullen, P.A., & Love, P.E.D. (2011). Adaptive reuse of heritage buildings. Structural Survey, 29(5), 411-421.

Conejos, S., Langston, C., & Smith, J. (2015). Enhancing sustainability through designing for adaptive reuse from the outset: A comparison of adaptSTAR and Adaptive Reuse Potential (ARP) models. Facilities, 33(9/10), 531-552.

Douglas, J. (2002). Building Adaptation. Woburn, Butterworth-Heinemann.

English Heritage. (2013). Heritage works: the use of historic buildings in regeneration. A toolkit of good practice”. www.english-heritage.org.uk/publications/heritage-works/heritage-works-2013.pdf

Esther H.K. Yung, & Edwin H.W. Chan. (2011). Problem issues of public participation in built-heritage conservation: Two controversial cases in Hong Kong. Habitat International, 35, 457-466.

Haliza Abdul Rahman. (2010). Penglibatan masyarakat peribumi dalam isu berkaitan persekitaran: Tinjauan terhadap suku Mah Meri di Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor. Kemanusiaan, 17, 111-134.

Jabatan Warisan Negara (JWN). (2009). Laporan akhir: Projek pemuliharaan Masjid Mulong, Kelantan. Kuala Lumpur, Jabatan Warisan Negara.

Jabatan Warisan Negara (JWN). (2009). Warisan kebangsaan. Kuala Lumpur, Jabatan Warisan Negara.

Kamarul Syahril Kamal, A. Ghafar Ahmad, & Lilawati Ab. Wahab. (2007). Kecacatan bangunan dan kepentingan pemuliharaan warisan di bandaraya Ipoh. Prosiding National Conference on Malaysia Cityscape, 28-29 November, Lumut, Perak.

Lilawati Ab Wahab, A. Ghafar Ahmad, & Badaruddin Mohamed. (2008). Pemuliharaan dan penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah bagi menyokong industri pelancongan warisan negara. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina, Fakulti Seni bina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara, Kampus Seri Iskandar, Perak, hlm. 503-510.

Mohamad Khairul Anuar Ghazali, Yazid Saleh, & Hanifah Mahat. (2021). Pembinaan kerangka konstruk kelestarian bandar warisan di Malaysia. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 17(1), 211-226.

Mohd Jaki Mamat. (2014). Penglibatan masyarakat dalam pemuliharaan kawasan warisan di Pusat Bandaraya Ipoh, Perak, (Tesis Doktor Falsafah). Universiti Sains Malaysia.

Persatuan Peranakan Cina Kelantan. (2019). https://ppckelantan.wixsite.com

Plested, B.A., Edwards, R.W., & Jumper-Thurman, P. (2007). Disparities in community readiness for HIV/AIDS prevention. Substance Use & Misuse, 42(4), 729-739.

Rina Ilyana Zainal. (2007). Meninjau penglibatan penduduk tempatan dalam aktiviti pelancongan. Kajian kes: Kampung Serkat, Pontian, Johor, (Tesis Sarjana). Universiti Teknologi Malaysia.

Sabzali Musa Kahn, Effendi Shamsuddin, & Nik Nairan Abdullah. (2011). Mendepani seni warisan dan kreatif dalam mencapai satu gagasan Melayu di Nusantara. Kertas kerja seminar Universiti Islam Negeri Sunan, Gunung Djati, Bandung.

Saiful Fazli Ramli. (2011). Adaptive reuse for historical buildings in Malaysia. A case study: Bukit Kepong Police Station, Malaysia, (Master thesis). University of Portsmouth.

Shen, L., & Langston, C. (2010). Adaptive reuse potential. Facilities, 28(1/2), 6-16.

Solihah Mustafa, Mazdi Marzuki, Ruzanna Syamimi Ramli, Jabil Mapjabil, Mohammad Kadir Zainal Abidin, & Mohamad Pirdaus Yusoh. (2015). Pengurusan bandar warisan UNESCO dan penglibatan komuniti tempatan: Kajian kes di George Town, Pulau Pinang. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11(2), 87-99.

Syed Zainol Abidin Idid. (1995). Pemeliharaan warisan rupa bandar: Panduan mengenali warisan rupa bandar berasaskan inventori bangunan warisan Malaysia. Kuala Lumpur, Badan Warisan Malaysia.

Teuku Afrizal & Abdul Rahman Embong. (2013). Komuniti dan pengurusan persekitaran: Beberapa pengalaman Malaysia,

Bangladesh, Zambia dan Vietnam. Kajian Malaysia, 31(2), 65-86.

Tosun, C. (2000). Limit to community participation in the tourism development process in developing countries. Tourism Management, 21, 613-633.

Yazid Saleh. (2010). Pengenalan pemuliharaan bandar. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.