Penggunaan tawas dalam perubatan Melayu tradisional (The use of alum in traditional Malay medicine)

Muhd Norizam Jamian, Izzah Safiah Raihana Mohd Ghazali

Abstract


Perubatan tradisional merupakan suatu warisan masyarakat zaman lampau yang diwarisi daripada leluhur untuk kesejahteraan masyarakat. Masyarakat Melayu turut mempunyai pelbagai kaedah rawatan dan bahan perubatan tradisional yang tersendiri. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan penggunaan tawas dalam perubatan Melayu tradisional sebagai salah satu rawatan penyembuhan daripada penyakit. Kajian ini berlandaskan tiga objektif utama iaitu mengkaji amalan penggunaan tawas dalam perubatan Melayu tradisional sebagai salah satu rawatan penyembuhan, menganalisis proses ritual penggunaan tawas dalam proses perubatan dan mengenal pasti fungsi tawas dalam perubatan Melayu tradisional. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk memperoleh maklumat tentang perubatan Melayu tradisional dan kaedah etnografi menerusi kajian lapangan di Kampung Pulau Penarik, Sungai Mati, Ledang, Johor dengan menemu bual pengamal perubatan tradisional yang menggunakan tawas. Kaedah pemerhatian turut dilakukan semasa proses rawatan dijalankan bagi mendapatkan gambaran proses ritual penggunaan tawas dalam perubatan tradisional. Analisis dilakukan dengan menggunakan pendekatan antropologi perubatan. Hasil kajian mendapati bahawa proses ritual dan fungsi tawas dalam perubatan Melayu tradisional khususnya rawatan penyakit batin yang dikaitkan dengan makhluk halus. Dalam konteks bidang etnoperubatan, kajian ini penting untuk mendokumentasikan penggunaan tawas sebagai sebahagian khazanah perubatan Melayu tradisional agar tidak hilang ditelan zaman. Dalam jangka masa panjang pula masyarakat Melayu boleh memanfaatkan ilmu pengubatan tradisional yang sesuai sebagai satu cara pengubatan alternatif.

Kata kunci: Penyakit batin, perubatan Melayu tradisional, rawatan, ritual, tawas, warisan

Traditional medicine is a legacy of the past generations inherited by the ancestors for the well-being of society. The Malay community also has a wide range of traditional medicine treatment methods and materials. This study aims to elaborate on the use of alum in traditional Malay medicine as one of the healing treatments of diseases. This study is based on three main objectives, namely to study the practice of using alum in traditional Malay medicine as a healing treatment, analyse the process of ritual use of alum in the medical process and identify the function of alum in traditional Malay medicine. This qualitative study using the method of library research to obtain information on traditional Malay medicine and ethnographic methods through field studies in Kampung Pulau Penarik, Sungai Mati, Ledang, Johor by interviewing traditional healers that use alum. Observation methods were also carried out during the treatment process to obtain a reflection of the ritual process of using alum in traditional medicine. The analysis is done using a medical anthropological approach. The study has identified the ritual process and function of alum in traditional Malay medicine, particularly the treatment of inner diseases associated with spirits. In the context of the ethnomedicine field, this study is important to document the use of alum as part of traditional Malay medicine treasures from being lost over time. In the long run, the community can also take advantage of traditional medical science as a way of alternative medication.

Keywords: Inner disease, traditional Malay medicine, treatment, ritual, alum, heritage


Keywords


penyakit batin; perubatan Melayu tradisional; rawatan; ritual; tawas; warisan

Full Text:

PDF

References


Abdul Samad Ahmad. (2005). Warisan perubatan Melayu. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arba’iyah Mohd Noor. 2014. Menyingkap ilmu perubatan Melayu tradisional menerusi beberapa manuskrip terpilih. Jurnal Sejarah, 23(1), 21-44.

Azlina Musa & Yusmilayati Yunos. (2011). Simptom penyakit dalam main teri: satu kajian kes di Kampung Pasir Mas, Kelantan. Jurnal Melayu (8), 233-249.

Azlina Musa. (2017). Analisis Penyelidikan Keris dalam Pengubatan Tradisional Melayu: Suatu Kajian Kes di Kelantan. Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan (PASAK 2017). Anjuran Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Bandar Seri Putra Kajang, 26 & 27 April.

Faisal@Ahmad Faisal, Abdul Hamid, & Nurul Wahidah Fauzi. 2012. Perubatan Melayu tradisional: Kitab Tibb Pontianak. Journal of Al-Tamaddun, 7(1), 149-162.

Firth, Raymond William. (1971). Jenis2 rumpun manusia: Satu pengenalan terhadap antropologi sosial. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haliza Mohd Riji. (2000). Prinsip dan amalan dalam perubatan Melayu. Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya.

Harun Mat Piah. (2006). Kitab Tib: Ilmu perubatan Melayu. Kuala Lumpur, Perpustakaan Negara Malaysia.

Hashim Awang A.R. (1990). Pengantar antropologi perubatan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Izzah Safiah Raihana Mohd Ghazali. (2019). Penggunaan tawas dalam perubatan Melayu tradisional: Satu kajian kes di Kampung Pulau Penarik, Sungai Mati, Ledang, Johor. Latihan Ilmiah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Asnari Taim, Lokman Abdul Samad, & Asmiaty Amat. (2020). Parinang: Ritual perubatan masyarakat Iranun di Daerah Kota Belud, Sabah. Malaysian. Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), 113-125.

Mohd Taib Osman. (1982). Manual of collecting oral tradition with special reference to Southeast Asia. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Ridhwan Sarifin, & Mohamad Fauzi Sukimi. (2016). Serupa tapi berbeza: Kajian kes komuniti Bawean Kampung Sungai Tiram, Johor Malaysia. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 12(5), 1-10.

Naseer Sobree. (2017). Risalah ilmu perubatan: Sebuah integrasi antara perubatan Greek-Arab dan perubatan Moden. Seremban, Baytul Hikma.

Norhalim Ibrahim. (1997). Perubatan tradisional. Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti.

Nur Fadillah Mohamed, & Doris Padmini Selvaratnam. (2018). Amalan kesihatan wanita orang Asli Temuan di Kampung Kachau Luar, Semenyih, Selangor. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 14(4), 89-101.

Puan Hawa Hussien. (2019). Penggunaan tawas dalam perubatan Melayu tradisional. Muar, Johor. Temu bual, 23 Januari.

Sabran Kibong, Asmiaty Amat, & Lokman Abd Samad. (2017). Penggunaan bosoon dan herba bagi merawat sakit perut dalam masyarakat Bajau Sama’ di daerah Tuaran. Manu 26, 77-97.

Salmah Omar, Shariffah Suraya Syed Jamaludin, Rafidah Mohamad Cusairi & Philip Lepun. (2017). Penggunaan tumbuh-tumbuhan dalam perubatan tradisional masyarakat Siam di negeri Kedah. Dlm. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan Kali ke-2 (PASAK 2017), 26-27 April, Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Syamsul Azizul Marinsah, Asmiaty Amat, & Aisyah Tamby Omar. (2020). Ritual perubatan tradisional etnik Bajau di Sabah: Analisis dari perspektif hukum Islam. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 31(1), 73-95.

Winstedt, R.O. (1951). The Malay magician: Being shaman, saiva and sufi. London, Routledge & Kegan Paul.

Yusmilayati Yunos, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, Muammar Ghadaffi Hanafiah, & Muhd Norizam Jamian. (2014). Kepandaian orang Melayu dalam mentafsir ruang perubatan tradisional. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 12(11), 79-91.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.