Usman Awang dan Sedili: Hubungan daripada pelancongan kesusasteraan dunia (Usman Awang and Sedili: Global connections to literary tourism)

Mawar Safei, Noordeyana Tambi, Ermy Azziaty Rozali

Abstract


Pelancongan di Malaysia rata-rata tertumpu kepada asas budaya dengan latar penduduknya yang berbilang kaum. Satu bahagian kebudayaan yang agak kurang diperhatikan adalah peranan kesusasteraan sebagai bentuk atau ragam pelancongan di Malaysia (Akta Warisan Kebangsaan 2005). Sejarah panjang pelancongan kesusasteraan di banyak belahan dunia seperti di United Kingdom (Shakespeare, Charles Dickens, Arthur Conan Doyle), Jepun (Basho, Ryūnosuke Akutagawa, Haruki Murakami) atau Russia (Leo Tolstoy, Anton Chekhov, Alexander Pushkin or Fyodor Dostoevsky), turut menjadi dalil keupayaan Malaysia untuk membangunkan sub genre pelancongan budaya ini. Kajian ini melihat bagaimana Malaysia yang turut mempunyai warisan kesusasteraan yang panjang, dapat mengambil pengalaman yang sama dengan mengenal pasti (i) bentuk dan ciri-ciri pelancongan kesusasteraan; dan (ii) mengenal pasti tokoh sasterawan yang dapat dinamakan sebagai titik tumpu pelancongan kesusasteraan. Kerangka kesusasteraan pelancongan digunakan untuk melihat hubungan empat mauduk, seperti (i) analisis wacana pelancongan dalam karya sastera, (ii) kajian kegiatan sastera terkait dengan pelancongan, (iii) kajian latar tempat kesasteraaan, (iv) alih wahana sastera sebagai promosi pelancongan. Dapatan kajian mengemukakan penyair Usman Awang sebagai tokoh sastera pelancongan Malaysia dengan mempertimbangkan latar kepengarangan dan latar kelahirannya di Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Usulan kegiatan sastera seperti baca puisi, persembahan teater atau diskusi karya yang diadakan dengan pengisian kembara ke Sedili meliputi tapak rumah kelahiran dan Sekolah Kebangsaan Dato’ Usman Awang. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam bentuk kerjasama pihak Yayasan Usman Awang dan Yayasan Warisan Johor. Karya Usman Awang dalam genre puisi, cerpen, drama dan muzik turut dilihat dalam lensa antara disiplin dan alih wahana seperti puisi “Kekasih”, “Tanahairku” dan “Ke Makam Bonda.

Kata kunci: Kesusasteraan pelancongan, Kuala Sedili, pelancongan budaya, puisi Melayu, ragam pelancongan, Usman Awang

Tourism in Malaysia generally is focused on cultural foundations with a multi-racial background. A part of the culture that is somewhat less observed is the role of literature as a form or mode of tourism in Malaysia (National Heritage Act 2005). The long history of literary tourism in many parts of the world such as the United Kingdom (Shakespeare, Charles Dickens, Arthur Conan Doyle), Japan (Basho, Ryūnosuke Akutagawa, Haruki Murakami) or Russia (Leo Tolstoy, Anton Chekhov, Alexander Pushkin or Fyodor Dostoevsky), has been a proof of Malaysia’s ability to develop this sub-genre of cultural tourism. This study looks at how Malaysia, which also has a long literary heritage, can take a similar experience by identifying (i) the forms and characteristics of literary tourism; and (ii) identify literary figures who can be named as the focal points of literary tourism. Interdisciplinary frameworks are used to look at the relationship of the four topics, such as (i) analysis of tourism discourse in literary works, (ii) study of literary activities related to tourism, (iii) study of literary setting, (iv) cross media as tourism promotion. The findings of the study presented the poet Usman Awang as a Malaysian tourism literary figure by considering his authorship and birth background in Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Proposals for literary activities such as Usman Awang’s Remembrance Day held with a trip to Sedili, to visit the birthplace and the primary school of Dato Usman with the collaboration of Usman Awang Foundation and Johor Heritage Foundation. Usman Awang’s work in the genres of poetry, short stories, plays and music is also seen from the perspective of interdisciplinary and cross media such as the poem “Kekasih”, “Tanahairku” dan “Ke Makam Bonda.”

Keywords: Cultural tourism, Kuala Sedili, literary tourism, Malay poetry, tourism patterns, Usman Awang


Keywords


Kesusasteraan pelancongan; Kuala Sedili; pelancongan budaya; puisi Melayu; ragam pelancongan; Usman Awang

Full Text:

PDF

References


Akarcay, Pinar, & Gokhan AK. (2017). A ‘Language’ of modern enchantments: The magic of literature in tourism. International Journal of Language Academy, 5/6, 12-25.

Anwar Ridhwan. (2015). Pemikiran Sasterawan Negara Usman Awang. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bidaki A.Z., & Hosseini S.H. (2014). Literary tourism as a modern approach for development of tourism in Tajikistan. Journal of Tourism & Hospitality, 3(120), 1-4.

Cevik, Samet. (2018). Interpretation of author-related literary tourism sites: Evidence from three sites in Turkey. Journal of Tourism Research, 20, 118-136.

Ferreira, A., Alén, E., Liberato, P., & Liberato, D. (2020) Literary tourism: A cultural trip. In: Rocha, Á., Abreu, A., de Carvalho, J.,

Liberato, D., González, E., & Liberato, P. (eds.). Advances in Tourism, Technology and Smart Systems. Smart Innovation, Systems and Technologies, 171. Springer, Singapore. Dicapai dari https://doi.org/10.1007/978-981-15-2024-2_44

Firsova, Anastasia, & Svetlana Myshlyavtseva. (2019). The literary heritage of Boris Pasternak as a resource for the Project Management in Tourism. Proceedings of the 4th International Conference on Innovations in Sports, Tourism and Instructional Science (ICISTIS 2019).

Ghetau, Leontina, & Esanu, L. (2011). Literary Tourism as a Promoter of Cultural Heritage. 345-353. Conference: Sustainable Development and Planning, Volume 150.

Haslina Usman. (2017). Anak Jiran Tionghua: 50 Sajak Perpaduan dan Keamanan. Kuala Lumpur, Yayasan Usman Awang.

Hoppen, A., Brown, L., & Fyall, A. (2014). Literary tourism: Opportunities and challenges for the marketing and branding of destinations? Journal of Destination Marketing & Management, 3(1), 37-47.

Jabil Mapjabil, Ratna Roshida Abd Razak Abd Razak, Mazdi Marzuki, & Rosmiza Mohd Zainol. (2015). Pelancongan Islam: Suatu tinjauan konseptual dan relevannya di Malaysia, Jurnal Geografia, 11(1).

Karimi, S. (2019). Tolerance and pilgrimage: The experience of tolerance at Mevlana Jalal ad-Din Rumi mausoleum. Journal of Sociology of Social Institution, 5(12), 29-50.

Kartal, Burak, Mustafa, Tepeci, & Hakan, Atlı. (2015). Examining the religious tourism potential of Manisa, Turkey with a marketing perspective, Tourism Review, 70(3), 214-231.

Muhammad Haji Salleh. (2017). Seorang penyair, sebuah benua rusuh: Biografi Usman Awang. Kuala Lumpur, SIRD.

Nakamura, Kunio. (2015). Walking the Scenes of Hear the Wind Sing Exploring Murakami’s World. Dicapai dari ttps://medium.com/ignition-int/walking-the-scenes-of-hear-the-wind-sing-f2adc87cc6f8.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2019). Produk media karya agung Malaysia. Jurnal Komunikasi. 35(3), 228-245.

Othman Puteh. (1999). Ini saya punya kerja. Kuala Lumpur, Utusan Publications.

Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi. (2021). KK Tanjung Sedili. Dicapai dari https://www.pkdkt.com/index.php?option=com_content&view=article&id=62&Itemid=61.

Preston, James. (1992). Spritual magnetism: An organizing principle for the study of pilgrimage. Dlm. Allan Morinis (ed.), Sacred journeys: The anthropology of pilgrimage, Westport, CT, Greenwood.

Rozninah Abd. Azib. (2021). Usman Awang. Temu bual, 4-7 Mac.

Swee Tin, Lim. (1999). Aspek-aspek kemasyarakatan dalam sajak-sajak Usman Awang tahun 1940-an dan 1950-an. Tesis Masters Sastera, Universiti Putra Malaysia.

Tudor, Gabriela-Cosmina. (2015). Film tourism – a successful journey for New Zealand: The way towards being the world’s top film tourism destination. Cactus Tourism Journal, 12(2), 45-53.

Usman Awang. (1982). Salam benua. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Usman Awang. (1988). Gelombang. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

World Tourism Organization (WTO). (2014). Turkey and the WTO. http://dtxtq4w60xqpw.cloudfront.net/sites/all/files/pdf/infographic_2014_en.pdf

Yayasan Usman Awang. (2021). http://yayasanusmanawang.

Zaimah, R., Suhana Saad, Azima, A. M., Mohd Yusof Hussain, Mohd Samsudin, Mustaffa Omar, & Ishak Yussof. (2015). Kesejahteraan subjektif: Kajian kes nelayan di Sedili, Kota Tinggi, Johor. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11(2), 87-94.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.