Kefahaman masyarakat kepulauan terhadap Dasar Kebudayaan Kebangsaan (The archipelago community's understanding of the National Cultural Policy)

Shahidi A.H., Muhamad Syahmi Shabri, Rahim Aman, Rozmi Ismail, Ab. Samad Kechot

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman masyarakat kepulauan di Malaysia terhadap Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah digubal pada tahun 1971. 484 orang responden (berumur dalam lingkungan 30 tahun ke bawah hingga ke 55 tahun) yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang menetap di Labuan, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Pangkor dan Pulau Langkawi telah dipilih. Kira-kira 90% responden merupakan kelompok paling aktif dalam arena pembangunan negara manakala 10% lagi terdiri daripada kelompok 55 tahun dan ke atas. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian data responden dan bahagian kefahaman responden tentang budaya kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Hasil soal selidik yang lengkap dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences. Analisis data dalam makalah ini berfokus kepada analisis Angkubah Demografi dan Tabulasi Silang. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat kepulauan memahami serta menerima Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dua angkubah sosial yang menyerlahkan perkaitan rapat dengan kefahaman Dasar Kebudayaan Kebangsaan Malaysia ialah angkubah bangsa dan agama. Kajian ini membuktikan bahawa kedua-dua angkubah ini paling signifikan dalam konteks perpaduan antara kaum dan keharmonian di Malaysia. Kajian ini memberi impak yang signifikan terhadap masyarakat multi-etnik yang berkaitan dengan aspek jati diri dan perpaduan kaum, serta kepada pihak atau agensi yang terlibat dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan terutamanya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam merangka dasar-dasar yang berkaitan perpaduan kaum pada masa akan datang.

Kata kunci: Dasar kerajaan, kebudayaan kebangsaan, masyarakat kepulauan, multi-etnik, perpaduan, tahap kefahaman 

This study aims to identify the level of understanding of the island community in Malaysia on the National Cultural Policy which was enacted in 1971. 484 respondents (aged between 30 years and below to 55 years) consisting of Malaysians living in Pulau Labuan Federal Region, Tioman Island, Redang Island, Pangkor Island and Langkawi Island chosen. 90% of the respondents are the most active in the national development arena while the other 10% consists of groups 55 years and above. This study was conducted using a questionnaire consisting of two parts, namely the respondents' data section and the individual's understanding of the national cultural and the Malaysian National Cultural Policy. The results of the completed questionnaire were analysed using Statistical Package for the Social Sciences software. The data analysis in this paper focuses on the analysis of Demographic Variables and Cross Tabulation. Overall, the findings show that the island community understands and accepts the National Cultural Policy. The two social variables that highlight the close relationship with the understanding of the Malaysian National Cultural Policy are the race and religion variables. This study proves that these two variables are most significant in the context of inter-racial unity and harmony in Malaysia. This study has a significant impact on the multi-ethnic community related to aspects of identity and racial unity in Malaysia as well as to parties or agencies involved with the National Cultural Policy, especially the Ministry of Tourism, Heritage and Cultural in formulating policies related to racial unity in Malaysia in the future.

Keywords: Government policy, national cultural, island community, multi-ethnic, unity, level of understanding 


Keywords


dasar kerajaan; kebudayaan kebangsaan; masyarakat kepulauan; multi-etnik; perpaduan; tahap kefahaman

Full Text:

PDF

References


Abd Aziz A’zmi, Farrah Wahida Mustafar, Aimi Khairunnisa Abdul Karim, & Nurliana Suhaini. (2017). Realiti kepelbagaian kaum ke arah perpaduan nasional pasca merdeka. Malaysian Journal of Social Science, 2, 1-24.

Abdul Jamil Wahab. (2014). Manajemen konflik keagamaan. Jakarta, Kompas-Gramedia.

Adenan Ayob. (2012). Nilai bahasa Melayu sebagai penggerak budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 3(1), 38-50.

Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan tamadun bangsa Melayu. Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distributors.

Azlizan Mat Enh, & Norlilawati Samak. (2020). Peranan akhbar sebagai wadah komunikasi pemerintah selepas pilihan raya umum 1969. Malaysian Journal of Communication, 36(1), 1-19.

Berita Harian. (2020). GAPENA tegur pelaksanaan dasar bahasa, pendidikan, budaya kebangsaan. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/745391/gapena-tegur-pelaksanaan-dasar-bahasa-pendidikan-budaya-kebangsaan.

Berita Harian. 2019. Masyarakat dahulukan agenda etnik, bukan budaya kebangsaan. https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2019/02/535583/masyarakat-dahulukan-agenda-etnik-bukan-budaya-kebangsaan.

Chua Bee Seok, Jasmine Adela Mutang, Lailawati Madlan, Alfred Chan Huan Zhi, Asong Joseph, Ho Cheah Joo, Suwaibah Zakaria, Rosnah Ismail, & Shamsul, A.B. (2013). The perception of characteristics, behaviors, cultures and traditions toward own and other ethnic groups. International Journal of Asian History, Culture and Tradition, 1(1), 1-10.

Faisal Ibrahim, Norhayati Abdul Manaf, Thong, L. K., Ezhar Tamam, Khairul Hilmi, & Zalina Darman. (2010). Re-visiting Malay stereotypes: a case study among Malaysian and Indonesian Chinese students. SEGi Review, 3(2), 153-163.

Haviland, William A. (1990). Culture anthropology (6th edition). Florida, Harcourt Brace Jovanovich Publisher.

Ismail Hamid. (1998). Masyarakat dan budaya Melayu. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 2021. https://www.kkmm.gov.my/en/foto/65-bahankpkk/dokumen/538-dasar-kebudayaan-kebangsaan

Mohd. Arof Ishak. (2009). Tamadun alam Melayu. Kuala Lumpur, Persatuan Sejarah Malaysia.

Mohd. Fauzi Yaacob. (2009). Malaysia: transformasi & perubahan sosial. Shah Alam, Arah Publications.

Mustaffa Omar, & Ishak Yussof. (2006). Transisi demografi dan cabaran pembangunan lestari di Pulau Tuba, Langkawi. Jurnal e-Bangi, 1(1), 1-22.

Norlida Hanim Mohd Salleh, Md Shafiin Shukor, & Siti Hajar Mohd Idris. (2017). Impak pembangunan pelancongan ke atas persekitaran manusia dan fizikal komuniti Pulau Tioman. Akademika, 87(3), 47-60.

Shaffer, L.N. (1995). Maritime southeast asia to 1500. New York, M.E Sharpe.

Shamsul Amri B. (2006). Identity contestation in Malaysia: a comparative commentary on ‘Malayness’ and ‘Chineseness’. Dlm.

Jayum A. Jawan & Zaid Ahmad (peny.), Inter-ethnic relations in Malaysia: Selected readings (hlm. 118-139). Serdang, Universiti Putra Malaysia Press.

Sinar Harian. (2019). Ubah sekolah vernakular kepada satu aliran: Ahli akademik. https://www.sinarharian.com.my/article/55848/BERITA/Nasional/Ubah-sekolah-vernakular-kepada-satu-aliran-Ahli-akademik

Sinar Harian. (2020). Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia. https://www.sinarharian.com.my/article/65292/KHAS/

Syaidul Azam Kamarudin, Arba’ie Sujud, Mohd. Zariat Abdul Rani, & Kamariah Kamarudin (2019). Unsur budaya lain sebagai jati diri kebangsaan dan pemersatu bangsa Malaysia dalam sajak pilihan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Malay Literature. 32(2), 257-278.

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, & Lilah Yasin. (2016). Belia dan pembudayaan semangat sukarelawan di Malaysia: Suatu pemerhatian konseptual. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 12(9), 161-172.

Watloly, A. (2012). Konsep diri masyarakat kepulauan. Jurnal Filsafat, 22(2).

Yahaya Ibrahim. (2007). Komuniti pulau dalam era pembangunan: Terpinggir atau meminggir? Akademika, 70, 57-76.

Yasmin Ahmad, & Najeemah Mohd Yusof. (2016). Sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru pelbagai etnik di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(1), 71-78.

Yusof Ismail. 2008. Dasar-dasar utama kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur: A.S Noordeen

Zawiyah Mohd Zain. (2021). Budaya politik masyarakat Melayu: Satu analisis. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 17(1), 297-311.

Zulkifley Hamid, & Naidatul Zamrizam Abu. (2019). Memupuk perpaduan di Malaysia - Santun bahasa dalam kalangan murid pelbagai etnik dari aspek penggunaan kata ganti nama diri. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 9(4), 86-98.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.