Pengukuran amalan Gerrymander dalam persempadanan semula pilihan raya: Perbandingan kritikal di Parlimen Selangor dalam PRU ke-13 dan PRU ke-14 (The measurement of Gerrymander practices in demarcation of elections: A critical comparison at Selangor Parliament in the 13th GE and 14th GE)

Wan Mazlina Wan Jama, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali

Abstract


Amalan gerrymander merupakan amalan yang tidak asing lagi berlaku dalam persempadanan semula tidak terkecuali di negara kita Malaysia. Ia merupakan amalan memanipulasikan peta atau bahagian pilihan raya untuk memberi kemenangan kepada sesuatu pihak yang berkepentingan terutamanya kepada pihak pemerintah untuk terus mentadbir kerajaan. Proses persempadanan semula yang tidak menitikberatkan keseimbangan populasi penduduk dengan bilangan ahli perwakilan dalam sesebuah bahagian pilihan raya menyumbang kepada berlakunya amalan gerrymander. Artikel ini bertujuan untuk melihat keberkesanan elemen ruangan dalam membuat persempadanan semula dengan merujuk kepada bahagian pilihan raya Parlimen di negeri Selangor sebagai kes kajian. Analisis elemen ruangan yang diguna pakai melibatkan pengukuran indeks kepadatan untuk mengenal pasti sama ada berlaku amalan gerrymander dalam persempadanan semula yang dibuat pada tahun 2003 dan 2018. Seterusnya, pengiraan bias dan ‘disproportionality’ juga dilakukan bagi melihat sama ada berlaku ketidakseimbangan dalam jumlah undi dan kerusi pada keputusan pilihan raya tersebut. Ini menjawab persoalan tentang tujuan utama kajian persempadanan semula dijalankan iaitu untuk menyamaratakan jumlah pengundi dalam sesuatu bahagian pilihan raya dengan bahagian yang lain. Hasil kajian menunjukkan bahagian Parlimen yang mencatatkan bacaan indeks kepadatan tertinggi telah dimenangi oleh pihak pembangkang manakala bahagian Parlimen yang mempunyai nilai indeks kepadatan yang rendah masih berada di bawah pimpinan pihak kerajaan. Oleh sebab itu, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya menjadikan elemen ruangan sebagai salah satu faktor dalam membuat persempadanan semula supaya satu sistem pilihan raya yang lebih telus dan bersih dapat dipraktikkan di Malaysia.

Kata kunci: Bias dan ‘disproportionality’, elemen ruangan, gerrymander, indeks kepadatan, persempadanan semula

The practice of gerrymander is a global practice that is typically associated with redemarcation, including in Malaysia. It is the practice of manipulating maps or election constituencies to give a party victory, especially to the current government, to govern the nation. The demarcation that does not emphasise the population’s balance with the number of delegates in a constituency contributes to gerrymandering practice. This study aims  to test the effectiveness of spatial element in re-demarcation by referring to the Parliamentary constituencies in the state of Selangor as a case study. The applied spatial element analysis involves measuring the density index to indentify whether there is a gerrymandering practice in the redemarcation made in 2003 and 2018. The calculation of bias and disproportionality were also done to see if there is an imbalance in the number of votes and seats in the election results. This answers the demarcation study’s primary purpose: to equalise voters’ number in one constituency with another constituency. The results showed that the opposition won the parliamentary divisions that recorded the highest density index reading. Meanwhile, the parliamentary divisions with the low-density index value were still under the government’s leadership. Therefore, the Election Commission should make spatial element as one of the factors in redemarcation for a more transparent and clean electoral system to be practised in Malaysia.   

Keywords: Bias and disproportionality, spatial element, gerrymander, density index, demarcation


Full Text:

PDF

References


Amer Saifude Ghazali. (2014). Geografi Pilihanraya Malaysia. Penerbit Universiti Malaya.

Johnston, R., Pattie, C., Dorling, D. & Rossiter, D. (2001). From votes to seats–the operation of the UK electoral system since 1945. Manchester: Manchester University Press.

Jorgen Bolstad & Elias Dinas. (2017). A categorization theory of spatial voting: How the center divides the political space. British Journal of Political Science, 47(4), 829-850.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Rosmadi Fauzi & Amer Saifude Ghazali. (2012). Pengaruh gerrymandering terhadap pola pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan Bangi, Malaysia. Geografia-Malaysia Journal of Society and Space, 8(7), 1-12.

Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi & Amer Saifude Ghazali. (2015). Analisis geografi pilihan raya di kawasan parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur dalam pilihan raya umum 1955-2013. Geografia-Malaysia Journal of Society and Space, 11(2), 30-42.

Maceachren, A. M. (1985). Compactness of geographic shape: Comparison and evaluation of measures. Geografiska Annaler. Series B, Human Geography, 67(1), 53-67.

Malachia Mathoho. (2015). Examining the politics of municipal demarcation. NGO Pulse, 9 April 2015. Diambil daripada www.ngopulse.org

Malaysia (2010) Laporan Kiraan Permulaan 2010. Jabatan Perangkaan Malaysia.

Mavis M. Netswera & Eric J. Nealer. (2020). Municipal demarcation process in the establishment of the Collins Chabane Local Municipality and reasons for the eruption of Vuwani, South Africa. The Journal for Transdisciplinary Research in South Africa, 16(1) (2020).

Mohd Fuad Mat Jali & Sabihah Osman. (2002). Politik wilayah dan politik nasional dalam pilihan raya umum 1999. Dalam: Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad (eds). Politik baru dalam pilihan raya umum. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Ong Kian Ming, & Bridget Welsh (2005) Electoral delimitation: A case study of Kedah. In: Mavis Puthucheary, Norani Othman (eds) Election and democracy in Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Richard, G. N., Bernard, G., Carl, C., & Thomas, H. (1990). Measuring compactness and the role of a compactness standard in a test for partisan and racial gerrymandering. The Journal of Politics, 52(4), 1155-1181.

Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali & Mohammad Redzuan Othman. (2012). Pendekatan baharu ke arah pendemokrasian negara dengan menggunakan model ruangan pengundian serta aplikasi Sistem Maklumat Geografi dan pilihan raya. Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, Jilid 1.

Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Suffian Mansur, Zulkarnain Abdul Rahman & Mohammad Redzuan Othman. (2013). Memahami keputusan pilihan raya negeri Sarawak 2011 dari perspektif ruangan. Sarjana, 28(2), 51-64.

Rosmadi Fauzi. (2006). Geografi politik, pilihan raya dan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) di Malaysia. JATI-Journal of Southeast Asian Studies, 11, 157-177.

Rosmadi Fauzi, Mohammad Redzuan Othman, Amer Saifude Ghazali, Zulkarnain Abdul Rahman & Muhamad Hafiz Abdul Halim. (2013). Persempadanan semula dan gerimander dalam pilihan raya: Satu pengukuran menggunakan Sistem Maklumat Geografi di DUN Kedah. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 9(4), 150-161.

Sacha Bourgeois-Gironde, & Joao V. Ferreira. (2020). Conflicted voters: A spatial voting model with multiple party identifications. Journal of Economic Behaviors & Organization, 174, 360-379

Santos, S. M., Dora Chor & Guilherme Loureiro Werneck. (2010). Demarcation of local neighborhoods to study relations between contextual factors and health. International Journal of Health Geographics, 9:34.

Sezali Md Darit. (2012). Tahap Amalan Gerrymandering dalam Persempadanan Bahagian Pilihan Raya: Kes Persempadanan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (PhD tesis). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (2003). Laporan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengenai Kajian Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri bagi Negeri-negeri Tanah Melayu 2003.

Suruhanjaya Pilihan Raya Online. (2013). Keputusan pilihan raya Parlimen Selangor. Diambil daripada http://www.spr.gov.my/keputusanpilihanraya.

Suruhanjaya Pilihan Raya. Perlembagaan Persekutuan. Jadual Ketiga Belas (Perkara 113, 116, 117).

Tarmiji Masron, Narimah Samat & Nazaruddin Zainun. (2007). Aplikasi GIS dalam analisis perubahan sempadan negeri dan bahagian di Sarawak dari tahun 1841 hingga 2002. Borneo Research Journal, 1, 43-54.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.