Penerokaan kefungsian keluarga dalam kalangan banduan muda lelaki Malaysia: Satu kajian kualitatif (Exploring familial function among Malaysian young male prisoners: A qualitative study)

Mohammad Rahim Kamaluddin, Noor Nasiha Kamarudin, Siti Nurkhairina Mohd Nor, Kausalya Devi Sathoo, Saravanan Meyappan, Nadzriah Ahmad

Abstract


Penglibatan banduan muda lelaki dalam jenayah dan tingkah laku delinkuen telah mencetuskan permasalahan sosial dalam masyarakat Malaysia pada hari ini. Namun begitu, kajian berkaitan penglibatan banduan muda lelaki dalam jenayah dari perspektif faktor kefungsiaan keluarga masih kurang diberikan penekanan dan memerlukan penelitian lanjut. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk meneroka aspek kefungsian keluarga yang membawa kepada tingkah laku jenayah dalam kalangan banduan muda lelaki di salah sebuah Sekolah Integriti di Malaysia. Kajian ini menggunakan teknik temu bual mendalam di mana seramai 12 orang banduan muda lelaki telah ditemu bual. Kaedah penyelidikan kualitatif dan pemerhatian secara langsung telah digunakan bagi mengutip data di dalam kajian ini. Peserta kajian dipilih berdasarkan persampelan pemilihan berkriteria dan transkrip temu bual dianalisis dengan menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian mendapati empat tema berkaitan kefungsiaan keluarga iaitu kekurangan kasih sayang, keluarga bermasalah, dendam terhadap ahli keluarga dan keterlibatan ahli keluarga dalam jenayah. Hasil dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk membangunkan modul-modul di sekolah untuk mengelak remaja dan pelajar sekolah daripada terlibat dengan jenayah dan tingkah laku delinkuen. Selain itu, kajian ini juga menjadi manfaat bagi institusi kekeluargaan dan masyarakat dalam memahami faktor-faktor penyebab tingkah laku delinkuen dalam kalangan remaja dengan lebih mendalam.

Kata kunci: Banduan muda lelaki, jenayah, kefungsiaan keluarga, tingkah laku delinkuen

The involvement of incarcerated young males in crimes and delinquency has sparked social issues in present Malaysian society. However, studies related to involvement of young male offenders from the perspective of familial function are underexplored and warrant further attention. The present qualitative research, therefore, was undertaken to explore the familial function that has influence on delinquency and criminal behaviour among young male prisoners from Henry Gurney School in Malaysia. Twelve participants were selected using the purposive sampling technique. In-depth interviews were conducted to explore the familial function of young male prisoners. The informants were selected based on several selection criteria and data were analysed using the thematic approach. From the analyses, four prominent themes emerged such as lack of love, problematic family, revenge towards family members and involvement of family members in crime. The findings of this study may serve as guidance for future researchers and authorities to develop modules in schools that can help prevent schooling teenagers from being involved in various types of crime and delinquent behaviours. Additionally they may be significant in offering in-depth understanding about salient factors of delinquency for members of familial institutions and societies.

Keywords: Young male prisoners, crime, familial function, delinquent behaviour


Keywords


Banduan Muda Lelaki; Jenayah; Kefungsiaan Keluarga; Tingkah Laku Delinkuen

Full Text:

PDF

References


Akta Kanak-Kanak 2001, Akta 611. Malaysia.

Akta Penjara 1995. Malaysia.

Ainsworth, M.S., Blehar, M.C., Waters, E., & Wall, S. (1978). Patterns of attachment: A psychological study of the strange situation. Oxford, England: Lawrence Erlbaum.

Arieff Salleh Rosman & Wardah Mokhtar. 2006. Membentuk jati diri remaja. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Azizah Hamzah. 2010. Kaedah kualitatif dalam penyelidikan sosiobudaya. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 6(1): 1-10.

Azizi Yahaya & Rosnah Buang. 2007. Punca berlakunya masalah gejala gengsterisme di kalangan remaja di beberapa buah sekolah menengah di empat buah negeri. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Braun, V. & Clarke, V. 2006. Using thematic analysis in Psychology. Qualitative Research in Psychology, 3: 77-101.

Fatin Adha Murad, Mohammad Rahim Kamaluddin & Norruzeyati Che Mohd Nasir. 2020. Hubungan Kesukaran Meregulasi Emosi dan Tingkah Laku Delinkuen dalam Kalangan Remaja: Perapatan kepada Komuniti sebagai Perantara. Akademika 90(2): 3-16.

Fauziah Ibrahim, Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Ezarina Zakaria & Mohammad Rahim Kamaluddin. 2020. Pengintegrasian sosial: Sejauhmana hubungannya dengan kesihatan diri, keagamaan dan jaminan pekerjaan dalam kalangan orang kena pengawasan. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 16(3): 135-146.

Hirschi, T. 2017. Causes of delinquency. New York: Routledge.

Hoffmann, J.P. & Dufur, M.J. 2018. Family social capital, family social bonds, and juvenile delinquency. American Behavioral Scientist 62(11): 1525-154.

Jabatan Penjara Malaysia. 2014. Program Pembangunan Insan. Bandar Baru Bangi: United Mind.

McKelvey, L.M., Conners-Burrow, N.A., Mesman, G.R., Pemberton, J.R. & Casey, P.H. 2015. Promoting adolescent behavioural adjustment in violent neighbourhoods: Supportive families can make a difference! Journal of Clinical Chile & Adolescent Psychology 44(1): 157-168.

McWhirter, J., McWhirter, B., McWhirter, E. & McWhirter, R. 2013. At-risk youth: A comprehensive response for counselors, teachers, psychologists, and human professional. Belmont CA: Brooks/Cole.

Mohammad Rahim Kamaluddin., Azizah Othman., Khaidzir Ismail. & Geshina Ayu Mat Saat. (2016). Aggression Profiles of Incarcerated Malaysian Male Murderers. Akademika, 86(2), 137-147.

Mohd Taib Dora. 2004. Isu dan faktor penderaan kanak-kanak dan juvana di Negeri Johor Darul Takzim. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Pascuzzo, K., Moss, E., & Cyr, C. 2015. Attachment and emotion regulation strategies in predicting adult psychopathology. Sage Open. 5(3).

Pereire, M.B. & Maia, A.D.C. 2017. Juvenile delinquency, crime and social marginalization: social and political implications. Emerald Publishing Ltd: UK.

Regoli, R.M., Hewitt, J.D. & Delisi, M. 2008. Delinquency in Society: Youth Crime in the 21st Century. 7th edition. Boston: McGraw Hill.

Siti Nurkhairina Mohd Nor, Mohammad Rahim Kamaluddin, & Wan Shahrazad Wan Sulaiman. (2019). Profil Jenayah Banduan Wanita di Malaysia: Satu Kajian Kualitatif. Akademika, 89(2), 43-56.

Sutherland, E.H. 1939. Principles of Criminology. Philadelphia: Lippincott.

Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. 2011. Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal of Education Psychology & Counseling, 1: 115-140.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.