Tahap kesejahteraan penduduk di pinggiran wilayah metropolitan: Kajian kes koridor utara negeri Selangor, Malaysia (Population well-being levels in extended metropolitan region: A case study of Selangor northern corridor, Malaysia.)

Yazid Saleh, Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan, Samsudin Suhaili, Saiyidatina Balkhis Norkhaid, Irfan Azim Mohd Zanuddin

Abstract


Kesejahteraan hidup adalah keadaan seseorang individu atau kumpulan. Ia boleh diukur dengan menyelidik keadaan sosioekonomi penduduk/kumpulan tersebut. Artikel ini bertujuan mengenalpasti tahap bagi kesejahteraan hidup penduduk di kawasan Koridor Utara Selangor, Wilayah Metropolitan Lanjutan (WML) Lembah Klang-Langat. Kajian melibatkan 400 orang responden melibatkan ketua isi rumah sahaja yang menetap di sekitar kawasan pinggiran Koridor Utara Selangor bagi WML Lembah Klang-Langat. Pemilihan responden adalah dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Instrumen soal selidik berskala Likert 1 hingga 5 digunakan sebagai instrumen kajian. Berdasarkan indeks kesejahteraan hidup, pelbagai angkubah yang telah disenaraikan secara menyeluruh melibatkan kesejahteraan hidup namun dalam kajian ini pengkaji menggunakan empat pemboleh ubah iaitu perumahan, pengangkutan, sosioekonomi dan guna tanah. Pemboleh ubah perumahan terdiri daripada tiga sub pemboleh ubah iaitu pemilihan kawasan, keselamatan dan kemudahan. Manakala pemboleh ubah pengangkutan mempunyai dua sub pemboleh ubah iaitu pengangkutan awam dan perhubungan pengangkutan. Diikuti dengan sub pemboleh ubah sosioekonomi iaitu sosial dan ekonomi. Seterusnya bagi guna tanah, sub pemboleh ubah terdiri daripada jenis aktiviti dan pemilikan harta. Hasil kajian menunjukkan tahap kebolehpercayaan soal selidik boleh diterima dengan nilai alfa Cronbach setiap pemboleh ubah adalah lebih besar daripada 0.8. Tahap bagi pengangkutan dan sosioekonomi berada pada tahap tinggi manakalah perumahan dan guna tanah berada pada tahap sederhana. Dapatan ini membuktikan bahawa tahap sesetengah kesejahteraan masyarakat berada pada tahap tinggi dan sederhana disebabkan perebakan yang berlaku. Ini bermakna manusia akan melakukan pelbagai penyesuaian terhadap persekitaran supaya persekitaran yang wujud selari dengan naluri manusia.

Kata kunci: kesejahteraan hidup, Koridor Utara Selangor, kualiti hidup, Lembah Klang, Lembah Langat, penduduk, Wilayah Metropolitan Lanjutan

Well-being is the the condition of an individual or group. It can be measured by study their socioeconomic condition. This article seeks to identify the levels of well-being of residents of Selangor Northern Corridor, Lembah Klang-Langat Extended Metropolitan Region (EMR). The study involved 400 respondents consisting of the heads of household in peri-urban areas of Selangor Northern Corridor of Lembah Klang-Langat EMR. Respondents were selected via a simple random sampling method. A 1-5 Likert scale questionnaire was used as a research instrument. Based on the well-being index, a variety of variables involving well-being were listed, although the author of this study used four variables, namely housing, transportation, socioeconomic environment and land use. The housing variable consisted of three sub-variables, comprising area selection, safety and facilities. The transport variable included two sub-variables: public transportation and transportation network. The socioeconomic variables society and economy, while the sub-variables for land use were types of activities and property ownership. The study results indicate that the questionnaire’s reliability level was acceptable as the Cronbach’s alpha value of each variable exceeded 0.8. Transportation and socioeconomic environment stood at high levels, while housing and land use were at moderate levels. These findings demonstrate that the level of some of the community’s well-being was high or moderate due to urban sprawl. This means that humans will adapt to the environment in various ways in order that it can accord with human needs.

Keywords: well-being, northern corridor of Selangor, quality of live, Klang valley, Langat valley, resident, Extended Metropolitan Region

 

 


 


Full Text:

PDF

References


Abd Rahim, A. R. (2002). Pengajaran dan pembelajaran sains sosial: Teori dan amalan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Abdul Rahman, E. (2011). Pembandaran dan Kehidupan Bandar di Semenanjung Malaysia. Akademika, 81(2), 23–39.

Abdul Samad, H. (2010). Urbanisasi di Malaysia: Mengaitkan kepelbagaian proses ke bentuk perbandaran. Malaysian Journal of Environmental Management, 11(2), 21–31.

Ary, D., Jacobs, L. C., & Asghar, R. (2002). Introduction to research in education (6th ed.). Belmont: Wadsworth.

Barnes, K.B., Morgan, J.M., Roberge, M.C. & Lowe, S. (2001). Sprawl development: It spatterns, consequences and measurement. Towson University.

Bing-Sheng, W. (2016). Modeling impacts of globalization on desakota regions: A case study of Taipei Metropolitan Area. Environment and Planning B: Planning and Design, 43(2), 320–340.

Christiaensen, L., Weerdt, J., & Todo, Y. (2013). Urbanization and poverty reduction: The role of rural diversification and secondary towns. Agricultural Economics, 44(4–5), 435–447.

Dargay, J., Dermot, G., & Martin, S. (2007). Vehicle ownership and income growth, worldwide: 1960-2030. The Energy Journal, 28(4), 143–170.

Deden, R. (2017). Rapid urbanization and the need for sustainable transportation policies in Jakarta. In IOP Conference Series: Earth and Environmental Science, 124(1), 12-17.

Delik, H., Haryo, W., & Woltjer, J. (2007). Peri-Urbanisation in East Asia: A new challenge for planning? Journal International Development Planning Review, 29(4), 503–519.

Fatimah, D. (2005). Transformasi sosial: Evolusi atau revolusi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., Anderson, R. E., & Tatham, R. L. (2006). Multivariate data analysis (6th ed.). New Jersey: Prentice Hall.

Haryati, S., & Nurasyikin, M. (2013). Transformasi dan pembangunan luar bandar: Kesan ke atas penduduk dan persekitaran. International Journal of the Malay World and Civilisation (IMAN), 1(2), 71–81.

Ivy, D. (2017). Principal component analysis of the determinants of spatial disparity between rural and urban localities of Ghana. International Journal of Social Economics, 44(6), 715–731.

James, M., & David, P. (1995). The fields and methods of social planning. Heinemen Educational Book, London.

Katiman, R. (2001). Dasar dan strategi petempatan dalam pembangunan negara. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Katiman, R. (2006a). Migrasi ke kawasan pinggiran Wilayah Metropolitan Lembah Klang. Akademika, 68, 3–27. Diperoleh daripada http://myais.fsktm.um.edu.my/8593/

Katiman, R. (2006b). Pembandaran dan perkembangan wilayah metropolitan lanjutan Lembah Klang-Langat, Malaysia. Jurnal E-Bangi, 1(1), 1–27.

Katiman, R. (2007). Transformasi desa-bandar di pinggiran Wilayah Metropolitan: Beberapa bukti di sekitar Dengkil, Malaysia. Dalam Kertas Kerja yang dibentangkan di Seminar PKPPM (pp. 17–18). Sandy Beach Resort, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Katiman, R., Abdul Rahim, M. N., Er, A. C., Aishah@Eshah, M., Zaini, S., Mohd Hasan, N., & Rosniza, A. (2011a). Impak pembangunan Bandar Baru Nusajaya Wilayah Iskandar Malaysia terhadap kesejahteraan hidup penduduk asal setempat. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 7(5), 14–28.

Katiman, R., Abdul Rahim, M. N., Er, A. C., Aishah@Eshah, M., Zaini, S., Mohd Hasan, N., & Rosniza, A. (2011b). Impak pembangunan Bandar Baru Nusajaya Wilayah Iskandar Malaysia terhadap kesejahteraan hidup penduduk asal setempat. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 7(5), 14–25.

Katiman, R., Asmah, A., Sulong, M., Mohd Fuad, M. J., & Mohd Azlan, A. (2006). Transformasi desa-bandar: Koridor Kemaman-Dungun, Terengganu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Katiman, R., Mochamad, R., Choy, E. A., Abdul Rahim, M. N., Zaini, S., & Norazuan, Md. H. Aishah@Esah, H. M. (2010). Pembandaran dan rebakan bandar di pinggir Wilayah Metropolitan Klang-Langat. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 6(2), 37–50.

Katiman, R., Mohd Fuad, M. J., & Aishah @ Ecah, M. (2010). Migrasi keluar dan rebakan bandar: Bukti di pinggiran wilayah Metropolitan Lembah Klang, Malaysia. Geografia : Journal of Social Sciences and Humanities, 5(2), 184–198.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (2016). Dasar Perbandaran Negara Kedua. Putrajaya Malaysia: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.

McGee, T. G. (1991). The emergence of desakota regions in Asia: Expanding a hypothesis. The Extended Metropolis: Settlement Transition in Asia, 3–25.

McGee, T. G. (2009). The spatiality of urbanization: The policy challenges of Mega-Urban and Desakota regions of Southeast Asia. Japan.

Molly O’Meara, S., Kai, L., & Peter, N. (2007). State of the World. Our Urban Future. London: Earthscan.

Nurasyikin, M. (2013). Transformasi Pekan Parit Raja: Kajian terhadap kesejahteraan hidup masyarakat. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Nurasyikin, M., & Haryati, S. (2013). Transformasi pembangunan luar bandar: Kesan ke atas kesejahteraan hidup masyarakat. Dalam Persidangan Geografi & Alam Sekitar, 5-6 Mei 2013. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Rodinelli, D. A., & Ruddle, K. (1978). Urbanization and rural development: A spatial policy for equitable growth. New York: Praeger Publisher.

Samruhaizad, S., & Azahan, A. (2014). Isu perbandaran dan kualiti hidup penduduk pinggir bandar. International Journal of the Malay World and Civilisation, 2(1), 63–75.

Sengupta, R., Dipankor, C., & Bhisma, R. (2007). Impact of a highway on the socio-economic well-being of rural households living in proximity. Contemporary Issues and Ideas in Social Sciences, 3(3), 1-10.

Shaharudin, I., Abdul Samad, H., Abdul Hadi, H. S., & Ahmad Fariz, M. (2007). Kerja lapangan berterusan: Merungkai pembandaran lestari. Akademika, 71, 3–30.

Shaharudin, I., Abdul Samad, H., Abdul Hadi, H. S., & Ahmad Fariz, M. (2008). Spatial urban metabolism for liveable city. Blueprints for Sustainable Infrastructure Conference. Dalam The New Zealand Society for Sustainability Engineering and Science (NZSSES). Auckland, New Zealand.

Shaharudin, I., Abdul Samad, H., Ruslan, R., & Abdul Hadi, H. S. (2016). Transformasi dan dayahuni perumahan di Malaysia. In M. J. Jamaluddin, H. Abdul Samad, M. Ahmad Fariz, & A. Kadaruddin (Eds.), Transformasi dan dayahuni habitat manusia (pp. 157–174). Malaysia: UKM.

Todaro, M. P. (1989). Development economic in the third world (4th ed.). New York, Longman.

Yazid, S., Mohamad Suhaily Yusri, C. N., Mohmadisa, H., Nasir, N., & Kamarul, I. (2014). Impak globalisasi terhadap perubahan fungsi bandar kecil: Beberapa penemuan di Batang Kali dan Bukit Beruntung, Selangor. Geografi, 2(2), 28–38.

Yazid, S., Mohmadisa, H., Hanifah, M., & Nasir, N. (2017). Issues of rural-urban transformation on the fringe of metropolitan region: Several findings from the Selangor Northern Corridor, Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(6), 913–924.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.