Kesejahteraan bersama melalui hubungan dagangan dan sosial di sempadan Kalimantan Barat dan Serikin, Sarawak (Shared prosperity through trade and social relations: The case of West Kalimantan-Serikin, Sarawak border area)

Noor Rahamah Abu Bakar, Mohd. Yusof Abdullah, Abd.Hair Awang, Junaenah Sulehan, Ong Puay Liu

Abstract


Masyarakat di sempadan sesebuah negara telah lama hidup dengan aman dan sejahtera melalui perkongsian budaya dan ekonomi. Masyarakat di kedua belah sempadan masing-masing mempunyai hubungan darah dan sosial sejak lama sebelum pembentukan sempadan geo-politik moden diwujudkan. Hubungan yang arkab ini diteruskan melalui aktiviti perdagangan di kawasan sempadan seperti di Pasar Minggu Serikin, Sarawak. Aktiviti jual beli di Serikin telah melanjutkan hubungan sosial masyarakat di sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat khususnya untuk kesejahteraan bersama. Makalah ini membincangkan aktiviti dagangan yang dijalankan di pekan Serikin dan bagaimana hubungan dagangan ini membantu memberikan kesejahteraan hidup kepada masyarakat di sempadan dua buah negara.

Katakunci: hubungan dagangan, keharmonian sempadan, kesejahteraan bersama, komuniti sempadan, sosio-budaya, usahawan

Communities at the Indonesia’s West Kalimantan and Malaysia’s Serikin, Sarawak border had long lived in peace and harmony through the sharing of economic and cultural activities. Communities from both sides of the border have both blood and social ties even before the formation of the modern geo-political boundary. The close relationship continues through border trade activities such as the Serikin Weekend Market. Selling and buying activities had sustained the social ties at this Sarawak and West Kalimantan border. This article discusses the trade activities carried out at Serikin town and how the trade relationship helped to bring harmony to the communities at both both sides of the border.

Keywords: border community, border harmony, culture, entrepreneur, shared prosperity, trade relations


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.