Pembentukan destinasi mesra pelancong berasaskan perspektif pelancong domestik (Developing A tourist friendly destination from the perspective of domestic tourists)

Ahmad Nazrin Aris Anuar, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh, Mohd Yusof Hussain, Amriah Buang, Sri Winarni Samsir

Abstract


Pengenalan konsep destinasi mesra pelancong dilihat sebagai salah satu strategi pelancongan dalam pelancongan bandar. Ini kerana peranan bandar amat signifikan sebagai “tempat masuk dan keluar” dan sebagai pusat aktiviti pelancongan untuk pelancong antarabangsa mahupun pelancong domestik. Dalam negara-negara membangun, pelancong domestik merupakan penyumbang aktiviti pelancongan melalui jumlah kedatangan yang ketara dalam pelancongan bandar. Tetapi kajian mengenai keperluan pelancong domestik masih kurang diselidiki. Malah banyak lagi bandar yang masih kurang mengembangkan potensi pelancongan sedia ada terutamanya dari aspek pelancong domestik. Justeru, kajian dari perspektif pelancong domestik amat diperlukan. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan konsep destinasi mesra pelancong dalam pelancongan bandar. Penilaian ini memberikan tumpuan kepada pelancong domestik, dan Kuala Lumpur sebagai kawasan kajian. Berdasarkan kaedah persampelan bertujuan, sebanyak 420 pelancong domestik telah memberikan kerjasama dalam kajiselidik ini. Pemilihan responden melibatkan enam sub-sektor iaitu makan & minum, pengangkutan, penginapan, membeli-belah, rekreasi dan taman bertema. Hasil kajian mendapati keseluruhan atribut dalam membangunkan konsep destinasi mesra pelancong berada di tahap pengukuran “penting” dengan julat nilai min keseluruhan 3.61 sehingga 4.04. Kajian ini mendapati pelancong domestik menerima konsep destinasi mesra pelancong apabila diaplikasikan dalam pelancongan bandar. Dicadangkan konsep ini digunapakai bukan sahaja untuk memenuhi pihak penyedia pelancongan tetapi juga untuk memenuhi keperluan pelancong domestik sama ada di peringkat nasional mahupun negeri.

Katakunci: enam subsektor, gelagat pelancong, konsep destinasi mesra pelancong, Kuala Lumpur, pelancongan bandar, pelancong domestik


The introduction of tourist friendly destination concept is recognised as one of the strategies for city tourism. This is because cities play significant roles as an ‘entry and exit point’ and centre for tourism activities, for both the international and domestic tourists. In fact, in many developing countries, domestic tourists have contributed significant numbers of tourist arrivals, yet what signify their needs are still unexplored. Considering that many cities have under-developed their potentials for the purpose of domestic tourism, it is therefore viable to consider the domestic tourist perspectives. This study was aimed to develop a tourist friendly destination concept in city tourism, from the perspective of domestic tourists and Kuala Lumpur as a case study. A total of 420 respondents was chosen through a purposive sampling method. Respondents were selected from the six sub-sectors: food and beverage, transportation, accommodation, shopping, recreation, and theme park. The results reveal that the tourist friendly destination was ranked as a friendly level with an overall mean value range of 3.61 to 4.04. This study has shown that in city tourism, the tourist friendly destination concept is acceptable among domestic tourists. It is suggested that this concept is applicable at both national and state levels as it caters both the tourism provider desires and goals, and also fulfils the domestic tourists’ needs.

Keywords: city tourism, domestic tourist, Kuala Lumpur, six sub-sectors, tourist behavior, tourist friendly destination concept


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.