Konsep, segmentasi dan potensi penyelidikan dalam pelancongan memancing di Malaysia (Concept, segmentation and research potential of fishing tourism in Malaysia)

Mohd Zulhalmi Ibrahim, Gusni Saat, Chan Ngai Weng, Jabil Mapjabil, Rosazman Hussin, Mohamad Pirdaus Yusoh

Abstract


Pelancongan memancing merupakan salah satu pelancongan alternatif yang popular di Barat tetapi masih baru dalam konteks pembangunan dan penyelidikannya di Malaysia. Kertas kerja ini meneliti tentang aspek konsep, segmentasi dan potensi penyelidikan pelancongan memancing di negara ini. Dari segi konseptual, perkaitan antara aktiviti memancing, rekreasi dan pelancongan akan diteliti, di samping penjelasan tentang konsep dan kategori pelancong memancing. Aspek segementasi pula menjelaskan tiga segmen, iaitu pengusaha bot pelancongan memancing, profil pelancongan memancing dan lokasi memancing. Seterusnya, perkaitan antara model peringkat dan tahap pembangunan pelancongan yang dikemukakan oleh Carter dan Stronza (2014) dan pelancongan memancing turut dihuraikan. Bahagian akhir kertas kerja ini mengemukakan isu dan potensi penyelidikan pelancongan memancing di Malaysia.

Katakunci: konsep pelancongan memancing, pelancong memancing, pelancongan memancing, penyelidikan pelancongan memancing, potensi pelancongan memancing, segmentasi memancing

Fishing tourism which is one of the most popular forms of alternative tourism in Western countries is still new in Malaysia. This paper examines the concept and segmentation aspects as well as the potential of research on fishing tourism in this country. From a conceptual point of view, the relationship between fishing, recreation and tourism is explored, in addition to explaining the concepts and categories of fishing tourists. Segmentation wise, three segments, namely, boat operators of fishing tourism, profile of fishing tourists and fishing locations are discussed. Furthermore, the relationship between the model of tourism development level and stage as proposed by Carter and Stronza (2014) and fishing tourism are also described. The final part of this paper presents the issues and research potential of fishing tourism in Malaysia.

Keywords: concepts of fishing tourism, fishing segmentation, fishing tourism, fishing tourists, fishing tourism potential, fishing tourism research


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.