Pengaruh latihan ke atas pembezaan personel dalam pengurusan rantaian bekalan (SCM): Kajian kes syarikat pembuatan di Malaysia (The influence of supply chain management training on personnel differentiation: The case of manufacturing companies in Malaysia)

Arawati Agus, Rahmah Ismail

Abstract


Latihan yang efektif sering dianggap sebagai faktor kritikal dalam mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi pekerja atau kakitangan sesebuah organisasi. Kajian ini menyiasat pengaruh latihan dalam pengurusan rantaian bekalan (SCM) terhadap pembezaan pekerja bagi syarikat-syarikat pembuatan di Malaysia. Data primer telah diperolehi menerusi hasil soalselidik 126 responden-syarikat yang disampel dari Direktori Federation of Malaysian Manufacturers. Hubungan di antara latihan dalam SCM dan pembezaan personel di analisis menerusi kaedah-kaedah statistik seperti Korelasi Pearson dan Regresi Berganda menggunakan data terdiri dari 126 responden. Pembezaan personel di lihat mempunyai korelasi yang tinggi dengan latihan. Penemuan menerusi Regresi Berganda mendapati bahawa dua pembolehubah latihan iaitu ‘Latihan pekerja dalam kemahiran pengeluaran’ dan ‘Latihan pekerja mengenai teknologi rantaian bekalan’ mempamerkan pengaruh yang tinggi terhadap pembezaan personel yang terdiri dari pembezaan pekerja dan pembezaan perkhidmatan. Latihan dalam kemahiran pengeluaran boleh menanam kemahiran dan pengetahuanuntuk melaksanakan tugas yang diperlukan secara efisien dan seterusnya mengurangkan kerja rosak, salahguna mesin dan menurunkan risiko fizikal. Di samping itu, Latihan pekerja mengenai teknologi rantaian bekalan boleh menyediakan pekerja dengan kemahiran untuk menangani kerumitan membentuk pengkongsian pembekal startegik; meningkatkan maklumbalas pelanggan, menyediakan pertukaran maklumat dalam SCM yang lebih betul, tepat masa dan berkualiti.

Katakunci: korelasi Pearson, latihan, pembezaan perkhidmatan, pembezaan personel, Pengurusan Rantaiaan Bekalan (SCM), regresi berganda

Effective training is increasingly recognized as a critical factor in enhancing the skills and knowledge of employees or personnel in an organization. This paper presents the findings of an empirical research which examines the relationship between training in Supply Chain Management (SCM) and personnel differentiation of manufacturing companies in Malaysia. Primary data were obtained from questionnaires administered to 126 company-respondents sampled from the Directory of Federation of Malaysian Manufacturers .The associations between training in SCM and personnel differentiation dimensions were analyzed through Pearson’s correlations and Multiple Regression techniques. The findings showed that specifically, personnel differentiation had high correlations with training in SCM. The Multiple Regression results also revealed that two training variables, namely, ‘Employee training on production skills’, and ‘Employee training on supply chain technologies’ exhibited high influences on personal differentiation which comprised employee and service differentiations. Training on production skills would inculcate skills and knowledge for employees to do the required job efficiently and subsequently reduce spoilt work, misuse of machines and physical risks, while training on supply chain technologies would provide employees with
skills to deal effectively with the complexity of creating successful strategic supplier partnerships, customer feedbacks, responses and involvement, and timely, accurate and quality information exchanges in the supply chain.

Keywords: multiple regression, Pearson’s correlations, personnel differentiation, service differentiation, Supply Chain Management (SCM), training


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.