Pembangunan bekas tapak pelupusan dan kecukupan penyediaan kawasan lapang: Satu pendekatan menang-menang dalam pembangunan bandar di Malaysia (Landfill redevelopment and adequate open space provision: A win-win approach in Malaysian urban development)

Mazifah S, Azahan A, Kadir A

Abstract


Pendekatan menang-menang perlu ada dalam membangunkan sumber baharu, khususnya bekas tapak pelupusan,bagi penyediaan ruang bandar yang memenuhi piawaian perancangan. Bekas tapak pelupusan memang berpotensi untuk menjadi alternatif terbaik bagi menyediakan kawasan lapang bandar di Malaysia. Menggunakan maklumat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, artikel ini mengulas pendekatan membangunkan semula bekas tapak pelupusan sebagai usaha alternatif bagi memenuhi kecukupan penyediaan kawasan lapang dalam konteks perancangan pembangunan bandar mampan di Malaysia. Dasar Perbandaran Negara, melalui Pelan Tindakan DPN6 dan DPN9 menegaskan tentang keperluan membangunkan bekas tapak pelupusan yang dari segi potensinya sesuai untuk dijadikan taman awam, sementara penyediaan taman awam pula perlu memenuhi keperluan piawaian perancangan. Oleh itu, strategi menang-menang wajar digunakan untuk membangunkan semula tapak pelupusan dan keperluan pembangunan taman awambandar di neagra ini.Menggunakan langkahmembangunkan taman awam di atas bekas tapak pelupusan merupakan suatu pendekatan yang disatukan bagi tujuan mencapai matlamat pembangunan bandar mampan di Malaysia. Menggunakan pendekatan ini menjelang 2020 sebanyak 179 tapak pelupusan dengan keluasan 450 hektar dapat dibangunkan sebagai kawasan lapang dalam pelbagai bentuk kemudahan awam bandar.

Katakunci: bekas tapak pelupusan, Dasar Perbandaran Negara, pembangunan bandar mampan, pembangunan semula tapak pelupusan, pendekatan menang-menang, taman awam


A win-win approach is needed in developing new resources, the ex-landfill in particular, to meet the space requirement of urban planning. Former landfill is potentially the best alternative for providing such urban public open spaces in Malaysia. Using information from the Ministry of Housing and Local Government, this article reviews the approach used to redevelop former landfills as an alternative strategy to provide adequate open spaces in the context of sustainable urban development planning in Malaysia. The National Urban Policy, through action plans DPN6 and DPN9 insists on the development of former landfills into public parks but space adequacy and compliance with planning standards have proved to be the main challenges. Therefore, a win-win strategy must be conceived and implemented to redevelop the ex-landfills into urban public parks in Malaysia. Using this approach it is estimated that by 2020 a total of 179 landfills with an area of 450 hectares could be developed as open spaces in various forms of urban public facilities.

Keywords: National Urban Policy, open spaces, redevelopment of the former landfills, public parks, sustainable urban development, win-win approach


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.