Hubungan antara penyertaan dan kepuasan komuniti Iban terhadap bantuan program pembasmian kemiskinan di Daerah Song, Sarawak (Poverty eradication programmes and the relationship of community participation and satisfaction: The case of the Ibans of Song District, Sarawak)

Kwok Chin Hoe, Haris Abd. Wahab, Asnarulkhadi Abu Samah

Abstract


Tahap kepuasan golongan penerima manfaat terhadap bantuan program pembasmian kemiskinan penting dalam mempengaruhi tingkat penyertaan mereka dalam program berkenaan. Tahap kepuasan yang tinggi terhadap bantuan program yang diterima diyakini menyumbang kepada tahap penyertaan komuniti yang tinggi dalam program pembasmian kemiskinan. Penyertaan yang tinggi ini pula seterusnya menyumbang kepada kejayaan program yang dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kepuasan komuniti Iban terhadap bantuan program pembasmian kemiskinan, iaitu Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dengan tahap penyertaan mereka dalam program di bawah skim berkenaan. Kaedah kaji selidik telah digunakan untuk mengumpul data kajian ini. Seramai 260 orang responden yang terdiri daripada ketua isi rumah (KIR) di rumah panjang telah dipilih secara rawak. Secara keseluruhannya, penemuan kajian menunjukkan lebih daripada separuh (51.9%) KIR dalam kalangan komuniti Iban berada pada tahap sederhana dari segi kepuasan terhadap program di bawah SPKR. Analisis ujian statistik Khi Kuasa Dua pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (p ≤ 0.05) antara tahap kepuasan terhadap program di bawah SPKR dengan tahap penyertaan mereka dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program di bawah SPKR. Penemuan ini menggambarkan bahawa semakin tinggi tahap kepuasan masyarakat terhadap bantuan program di bawah SPKR, semakin tinggi pula tahap penyertaan mereka dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program di bawah skim berkenaan.

Katakunci: kepuasan komuniti, komuniti Iban, pembasmian kemiskinan, pembuatan keputusan komuniti, penyertaan komuniti, perkongsian ganjaran

The satisfaction level of aid recipients in a local community with any poverty eradication programme is important in determining their level of participation in the programme: a high satisfaction level is believed to contribute to the community’s high level of participation. The high level of participation will in turn contribute to the success of the programme. This study analyses the correlation between the levels of the Iban community’s satisfaction with, and participation in the poverty eradication programme initiated under the People’s Welfare Development Scheme or Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), of the Song District, Sarawak. A questionnaire survey involving a random sampling of 260 respondents comprising the long houses’ heads of household (KIR) was conducted to collect the primary data for the correlation statistical analyses. Findings from the analyeses showed that more than half (51.9%) of the sampled KIRs enjoyed average satisfaction with the programme. Chi-Square tests presented a significant (p ≤ 0.05) correlation between their satisfaction and participation levels in the decision-making, implementation, reward-sharing and assessment activities of the programme, confirming the assumption that the higher the level of satisfaction of the target community with the SPKR poverty eradication programme the higher were their levels of participation in the various activities of the programme.

Keywords: community decision-making, community participation, community satisfaction, Iban community, poverty eradication, reward-sharing


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.