Mengasuh bakal usahawan Malaysia: Penentu keberkesanan pembelajaran kewangan di institusi pengajian tinggi awam (Nurturing Malaysia’s future entrepreneurs: Determinants of financial learning effectiveness in public institutions of higher learning)

Ahmad Raflis Che Omar, Abdullah Sanusi Othman, Suraiya Ishak, Jumaat Abd Moen, Mohd Rizal Palil, Mohamad Abdul Hamid, Mohd Fauzi Mohd Jani

Abstract


Artikel ini membincangkan pandangan pelajar tentang keberkesanan pendekatan pengajaran dan pembelajaran kurikulum analisa penyata kewangan dalam kursus pengurusan kewangan, keusahawanan dan pengurusan strategik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Lazimnya pendekatan pengajaran dan pembelajaran analisa penyata kewangan dilaksanakan oleh pensyarah dan pelajar secara tradisional yang berpandukan laporan kewangan yang dipetik daripada buku teks utama kursus. Namun keberkesanan teknik ini dianggap kurang memuaskan di mana pelajar tidak didedahkan dengan penyata kewangan sebenar syarikat dan masih menggunakan pendekatan “kira dan semak” yang tidak menarik. Sebaliknya, perkembangan teknologi maklumat memungkinkan analisa penyata kewangan dilaksanakan menggunakan perisian khas dan mengambil kira maklumat kewangan sebenar syarikat. Artikel ini melaporkan hasil tinjauan terhadap pandangan pelajar yang telah dan sedang mempelajari topik analisa penyata kewangan. Dapatan kajian menunjukkan wujud kelemahan ketara dalam aspek perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta intrepretasi maklumat kewangan bersandarkan kaedah tradisional. Para responden sepakat bahawa perisian analisa berkomputer perlu digunakan bagi memudahkan pelajar menguasai kurikulum berkenaan dengan berkesan berdasarkan penggunaan maklumat penyata kewangan syarikat yang sebenar.

Katakunci: analisa penyata kewangan, keusahawanan, kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, perisian, universiti


Malaysia is emphasizing on the urgency of producing a pool of world class entrepreneurs yet the usual approach that is still used by lecturers and students in teaching and learning financial statement analysis is guided by traditional financial reports quoted from given textbooks which still use the unattractive concept of "check and count". The effectiveness of this technique is considered less than satisfactory as students are not exposed to financial statements of real companies and when the development of information technology has enabled financial statements and to be prepared with special softwares. This article reports results of a perception survey of students who have followed such financial courses. The results showed significant weaknesses in the implementation aspects of the learning process and the interpretation of financial information based on traditional methods. The students agreed that computerized analysis softwares based on actual financial statements from real organizations be introduced to facilitate students in mastering the curriculum effectively.

Keywords: curricular, entrepreneurship, financial statement analysis, learning and teaching, software, university


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.