Kebolehcapaian nasihat bagi pengurusan penyakit tanaman oleh pekebun kecil lada hitam, Sarawak: Tinjauan awal (Critical extension services and the plight of Sarawak’s black pepper farmers: A preliminary survey)

Kamarudin Shafinah, Noraidah Sahari, Riza Sulaiman, Ribka Alan, Fitri Abdul Aziz Zakry

Abstract


Lada hitam (Piper nigrum L.) merupakan salah satu tanaman industri yang mempunyai nilai eksport yang tinggi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia khususnya di Sarawak. Kebelakangan ini insiden serangan penyakit terhadap tanaman lada hitam telah merencat pengeluaran produktiviti tanaman ini. Situasi semasa yang dihadapi oleh pekebun kecil yang mampu memberi impak terhadap kualiti dan kuantiti hasil tanaman mereka jarang dilaporkan. Kaedah penasihatan yang kurang efisien, ketidakcukupan pengetahuan dan tempoh masa yang panjang bagi capaian sesuatu nasihat dipercayai boleh memberi kesan kepada aspek ekonomi dan pengurusan penyakit. Oleh itu, satu tinjauan awal telah dilaksanakan untuk mengenalpasti situasi semasa yang merangkumi aspek penasihatan dan penyakit tanaman khususnya bagi tanaman lada hitam daripada perspektif pekebun kecil di kawasan luar bandar. Kaedah penyelidikan ini menggunakan borang senarai semak dan telah diedar kepada pekebun kecil yang mengusaha tanaman lada hitam di kawasan Penempatan Semula Asap Koyan, Belaga yang terletak di Bahagian Kapit, Sarawak. Hasil tinjauan awal ini mendapati pekebun kecil yang mengusaha tanaman lada hitam sering menghadapi masalah tanaman berpenyakit dan turut menghadapi isu kaedah penasihatan yang kurang efisien. Kaedah sistem penasihatan baru yang strategik seperti penggunaan teknologi maklumat perlu diperkenalkan supaya pekebun kecil di kawasan luar bandar boleh memperolehi maklumat dengan pantas bagi menyelesaikan masalah apabila menghadapi insiden serangan penyakit tanaman dan membantu mengurangkan risiko kerugian akibat kemusnahan tanaman.

Katakunci: lada hitam, maklumat pertanian, pekebun kecil, pengetahuan pakar, serangan penyakit, sistem
penasihatan dan pengembangan

 

The success of delicate cash crops is intimately related to the quality of extension services provided for them. Deficiencies in advisory mechanisms, insufficiency of knowledge and the excessive time consumed in accessing appropriate advices may all too often bring negative impacts on the and disease management of several cash crops. Black pepper (Piper nigrum L.) is one of the commercial crops that has high export value and contributes appreciably to Sarawak’s and Malaysia’s economic growth. In recent years, incidences of disease attacks on black pepper crops had taken a toll on the crops productivity but the depressive impact of this trend on the quality and quantity of farmers’ crops are seldom reported. This study was conducted to examine problems pertaining to extension services received by black pepper in the Asap Koyan, Belaga Ressetlement of the Kapit Division, Sarawak. Results from the preliminary questionnaire survey revealed that black pepper cultivators had to deal frequently with problems of infested crops amid inadequate and inefficient advisory services. This shortcoming could quite easily be circumvented by strategic utilization of information technology.

Keywords: accessibility to extension services, agricultural development, black pepper, plant diseases, pest management, small-scale farmers


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.