Otonomi daerah dan upaya menghidupkan semula budaya Tionghoa di Indonesia: Kajian kes di Bandar Padang, Sumatera Barat (Local autonomy and the revitalization of the Tionghoa culture in Indonesia: The case of Padang city, West Sumatera)

Delpa Yunus, Rahimah Abdul Aziz

Abstract


Otonomi daerah bertujuan untuk memberikan kebebasan kepada setiap etnik di Indonesia untuk menghidupkan semula budaya leluhur. Konsep otonomi daerah ini difahami boleh memberikan laluan mudah kepada orang Tionghoa di bandar Padang untuk menghidupkan semula budaya leluhur. Sehubungan dengan itu, orang Tionghoa cuba menghidupkan semula segala perkara yang berkaitan dengan budaya leluhur seperti ritual keagamaan, perayaan, kesenian, aksara Mandarin dan penggunaan nama Tionghoa. Untuk menghidupkan semula aksara Mandarin maka perkumpulan Hok Tek Tong cuba memasang aksara Mandarin pada bangunan gerbang Hok Tek Tong. Objektif utama menganalisa sejauhmanakah kewujudan otonomi daerah boleh memberikan laluan mudah kepada orang Tionghoa untuk menghidupkan semula budaya leluhur di bandar Padang. Kaedah kajian dibahagikan kepada tiga kaedah iaitu kaedah pemilihan informan, kaedah pengumpulan maklumat dan kaedah analisis maklumat. Kaedah pemilihan informan menggunakan kaedah bola salji terhadap 15 orang informan. Manakala kaedah pengumpulan maklumat menggunakan kaedah temubual mendalam terhadap informan dan analisis maklumat menggunakan kaedah kualitatif. Lokasi kajian iaitu kawasan Pecinaan di kecamatan Padang Barat, bandar Padang Sumatera Barat, Indonesia. Temuan kajian mendapati kewujudan otonomi daerah telah memberikan laluan mudah kepada orang Tionghoa di Padang untuk menghidupkan semula ritual keagamaan, perayaan, kesenian dan penggunaan nama Tionghoa. Pada masa yang sama, kewujudan otonomi daerah telah menghambat orang Tionghoa di bandar Padang untuk menghidupkan semula aksara Mandarin kerana pihak kerajaan cuba melakukan tindakan diskriminasi dan penggunaan kekuasaan secara kekerasan terhadap bangunan gerbang Hok Tek Tong. Kesimpulannya, konsep otonomi daerah di bandar Padang belum boleh memberikan kebebasan sepenuhnya kepada orang Tionghoa di bandar Padang untuk menghidupkan semula budaya leluhur.

Katakunci: otonomi daerah, komuniti Tionghoa, aksara Mandarin, gerbang Hok Teng Tong, pemerintahan Bandar Padang, penghidupan semula budaya

Like any other ethnic groups in Southeast Asia , the Tionghoa (Chinese) community would like to revitalize their original culture as is the case with respect to religion, cultural festivals, arts, Mandarin letters and the adoption of Tionghoa’s name. In Indonesia, local autonomy is conferred for all ethnic groups to practice their culture. In the Padang city the Hok Tek Tong clan promotes the use of Mandarin letters on their Hok Tek Tong’s gate. This study examined the question how far had local autonomy improve the Padang city Tionghoa community’s effort o revitalize their ethnic culture . Primary data were gathered from in-depth interviews of 15 local Tionghoa informants from the Pecinaan area of the West Padang district, West Sumatera. The findings revealed that local autonomy could indeed enhance the revitalization of local Tionghoa religious practices, cultural festivals, arts and the adoption of Tionghoa names. However, local autonomy failed to do the same with respect to the use of Mandarin letters on Hok Tek Tong’s gate as this was rejected outright by the Indonesian government. In conclusion, local autonomy could but confer limited freedom for Indonesian Tionghoa communities to revitalize their ethnic culture.

Keywords: cultural revitalisation, Hok Tek Tong gate, local autonomy, Mandarin letters, Padang government, Tionghoa community


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.