Melahirkan warga yang berketerampilan bahasa: Kajian hubungan antara pengetahuan dengan amalan komunikatif dalam kalangan guru Bahasa Melayu

Mohd Asri Harun, Zulkifley Hamid, Kartini Abd Wahab

Abstract


Kajian ini dilakukan untuk menentukan hubungan antara pengetahuan komunikatif dengan amalan ataupelaksanaan komunikatif guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah di Terengganu. Sampel kajian terdiri daripada 226 orang guru bahasa Melayu yang sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Pengkaji menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan dan kolerasi. Item-item soal selidik yang menggunakan Skala Likert telah dibina bagi setiap pemboleh ubah. Data yang diperoleh diproses menggunakan perisian Amos 16.0. Dapatan kajian menunjukkan hubungan antara tahap pengetahuan komunikatifdan amalan komunikatif guru bahasa Melayu sekolah rendah adalah pada tahap sederhana iaitu min 3.04 dan min 2.95. Dapatan daripada ujiankolerasipula menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sederhana antara pengetahuan komunikatif dengan amalan komunikatif guru bahasa Melayu sekolah rendah dengan nilai r=0.61. Hal ini dijelaskankan oleh Guilfold yang menyatakan koefisien r >0.5–0.75 adalah menunjukkan hubungan yang sederhana antara dua pemboleh ubah. Ini bermakna tahap pengetahuan komunikatif yang sederhana mempunyai hubungan yang sederhana dengan tahap amalan atau pelaksanaan komunikatif dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.Ini juga bermaksud semakin tinggi tahap pengetahuan komunikatif guru, semakin tinggi juga amalan atau pelaksanaan komunikatif.

Katakunci: amalan komunikatif, analisis Guilfold, guru bahasa Melayu, korelasi sederhana, pengetahuan komunikatif, strategi komunikatif

One important role of Malay education is to produce Malaysian citizens who are articulate and efficient daily communicators. This study examined the relationship between knowledge in communicative processes and application of communicative strategies in the teaching of Malay language in primary schools in the state of Terengganu. The study sample consisted of 226 Malay language teachers undergoing graduating process at the Malaysian Institute of Teacher Education (IPGM) and the Institute of Higher Learning (IPTA and IPTS). Questionnaire items were designed using Likert Scale for each variable and the data processed with the Amos 16.0. Analytical results revealed that the level of knowledge and practice of communicative strategies by Malay language teachers in primary schools was moderate at 3.04 min and 2.95 min. Following Guilfold, the was a simple correlation between knowledge on communicative processes with communicative practice amongst Malay language teachers in primary schools with r = 0.61 showing a moderate correlation between the two variables. This meant that the level of knowledge on communicative process had a moderate correlation with the level of implementation of communicative practice amongst Malay language teachers in primary schools. This also meant that the communicative practices did depend on the level of communicative knowledge amongst Malay language teachers.

Keywords: communicative knowledge, communicative practice, communicative strategies, Guilfold analysis, Malay language teachers, simple corelations


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.