Autobiografi dalam Adat Perpatih dan Undang-undang: Perspektif Rindu Seorang Rafik (Autobiography in Adat Perpatih and Laws: Rindu Seorang Rafik in perspective)

Mawar Safei

Abstract


Abstrak

Bentuk penulisan autobiografi dalam sesebuah karya kreatif, antara lain dapat merapatkan jurang bacaan untuk lebih meraikan kesusasteraan dalam kalangan khalayak umum. Makalah ini menumpukan nukilan   Nisah Haron yang  menggembleng bentuk penulisan autobiografi dalam kumpulan cerpennya, Rindu Seorang Rafik (Al-Ameen Serve, 2011). Dua kecenderungan yang dimajukan dalam kumpulan ini adalah pertelingkahan yang berlaku dalam Adat Perpatih dan perbahasan berkaitan bidang undang-undang. Kedua-duanya disalin pengarang dari latar belakang keluarganya di Negeri Sembilan dan bidang pendidikan serta kerjaya yang pernah diikuti Nisah Haron. Beliau merupakan graduan undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum bertugas di sebuah firma guaman dan kemudiannya mempunyai pejabat sendiri di kediamannya. Penemuan penelitian ini antaranya memperlihatkan bahawa sebagai pengarang kreatif, Nisah Haron masih banyak mempertimbangkan unsur imaginasi, kreativiti dan inovasi dalam gubahan cerpennya.  Menerusi kumpulan ini didapati bahawa Nisah Haron menjadikannya sebagai satu lensa untuk melihat perihal pemahaman dan pelaksanaan Adat Perpatih dan undang-undang dalam masyarakat. Ia turut menampakkan kesan penyalinan “pernyataan kendiri” dalam kerangka autobiografi antaranya bagi menjelaskan isu adat atau undang-undang, pelestarian warisan serta makna sanak dan persaudaraan dalam Islam. Pernyataan kendiri itu rata-rata dijejaki menerusi metaforisnya binaan naratif atau lewat watak-watak atau subjek yang dibentangkan. Ia juga sebahagiannya terkesan dalam beberapa catatan proses kreatif yang dilampir atau bacaan tentang latar belakang pengarang.   Kebanyakan watak perempuan yang diperagakan mewakili tuntutan dan falsafah matrilineal yang terhimpun dalam Adat Perpatih di samping ia sebagai satu langgam ketara kepengarangan Nisah Haron. Beliau  memberikan  ruang  yang lumayan  kepada watak-watak perempuannya bertindak dan membuat keputusan untuk kemaslahatan bersama.

Katakunci: Adat Perpatih, autobiografi, Nisah Haron, sastera Melayu, undang-undang, perempuan

 

Autobiography in Adat Perpatih and Laws: Rindu Seorang Rafik in Perspective                                                                                                      

Abstract

One of the avenues to make literary works  accepted in the public domain and audiences is through autobiography writing. The study focuses on the autobiography style of Nisah Haron in her short stories compilation, Rindu Seorang Rafik (Al-Ameen Serve, 2011). Two elements of autobiography style that have been highlighted by Nisah Haron are her focus on Adat Perpatih (customary law with matrilineal system) and laws. Both are obviously derived from her personal life and education background. Nisah Haron is originally from Negeri Sembilan which generally attached to Adat Perpatih. Nisah Haron was also a lawyer and had accomplished her undergraduate degree in law school from Universiti Kebangsaan Malaysia. The findings show that Nisah Haron as a creative writer exploited her imagination, creativity and innovation in producing short stories. She constructs the knowledge and practice in Adat Perpatih and law through her creative work.   Rindu Seorang Rafik, on the other hand is a manifestation of self-expression to clarify issues on adat, law, heritage, kinship and sisterhood in Islam. The self-expression could be traced by metaphorical narrative style, characters or through the subjects. It is derive from the creative writing process that was attached directly or indirectly the author’s profile. Most of the female characters represent the matrilineal aspects in Adat Perpatih. It is becoming Nisah Haron’s idiosyncrasy in most of her creative pieces. She allows her female protagonists to decide and to achieve betterment for others.

Keywords: Adat Perpatih, autobiography, Nisah Haron, Malay literature, laws, women


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.