Eufemisme Perceraian dalam Masyarakat Melayu Sarawak: Analisis Semantik Kognitif (Divorce Euphemisms in Sarawak Malay Community: A Cognitive Semantic Analysis)

Hamidah Abdul Wahab, Khazriyati Salehuddin, Mohammed Azlan Mis, Imran Ho Abdullah

Abstract


Perceraian merujuk kepada putusnya ikatan pernikahan antara suami dan isteri. Fenomena ini cenderung membawa konotasi yang negatif, misalnya dari sudut implikasi perceraian itu sendiri dan emosi individu yang terlibat. Pada dasarnya, perceraian bukanlah suatu isu yang tidak boleh dinyatakan secara terang-terangan. Walau bagaimanapun, tidak semua individu berasa selesa untuk membicarakannya secara langsung; justeru, bahasa ‘berlapik’ digunakan untuk menyatakannya. Makalah ini menghuraikan konsep perceraian yang wujud dalam masyarakat Melayu Sarawak (MMS), dengan menggunakan data eufemisme dalam domain hubungan antara suami dan isteri. Data kajian diperoleh menerusi kajian lapangan di Kampung Buntal dan Kampung Santubong, Sarawak. Kaedah temu bual dimanfaatkan dengan penglibatan dua orang informan lelaki dan dua orang informan perempuan berusia 40 tahun ke atas. Temu bual berkisar kepada penggunaan bahasa dalam topik perceraian. Data seterusnya dianalisis menggunakan Skema Imej, Metafora Konseptual, dan Metonimi yang terdapat dalam kerangka Idealized Cognitive Models (ICMs) saranan Lakoff (1987). Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujudnya penggunaan eufemisme perceraian seperti sik ada jodoh gik (tidak ada jodoh lagi), sik ada gik dah duak ya (tidak ada lagi mereka berdua itu), sik ada seratan (tidak ada suratan), jodoh setakat tok jak (jodoh setakat ini saja), seratan setakat tok jak (suratan setakat ini saja), dah putus hubungan (sudah putus hubungan), dan dah bepisah (sudah berpisah). Analisis data dari sudut semantik kognitif berupaya menggambarkan pemikiran MMS secara lebih sistematik, misalnya menerusi skema imej Bekas, Laluan dan Sumber-Laluan-Matlamat, metafora konseptual perceraian itu kehilangan, perkahwinan itu perjalanan dan perceraian itu terhentinya perjalanan, perceraian itu putus hubungan, perceraian itu perpisahan, dan metonimi putus ikatan melambangkan perceraian suami isteri dan berpisah melambangkan perceraian. Kajian ini turut memperlihatkan perkaitan antara pemaknaan dalam eufemisme dengan pengalaman dan pengetahuan MMS tentang perceraian, yang didasari oleh budaya Melayu dan kepercayaan akan ketentuan Allah dalam aturan kehidupan manusia.

 

Kata kunci: eufemisme; perceraian; skema imej; metafora konseptual; Melayu Sarawak

 

ABSTRACT

 

Divorce refers to the legal dissolution of a marriage between husband and wife which often bears negative connotations in view of the implications of the act itself and the emotions of the individuals involved. Generally, divorce is an issue that can be discussed explicitly or openly. However, not everyone feels comfortable talking about it directly and, thus, subtle language is used to express it. This paper describes the concept of divorce that exists within the Sarawak Malay community (MMS) by examining the use of euphemistic expressions in the domain of marital relations. A fieldwork was conducted at Kampung Buntal and Kampung Santubong, Sarawak involving interviews with two male informants and two female informants aged 40 and above. Interview questions revolved around the use of language in the topics of divorce. The data was further analyzed using the framework of Image Schemas, Conceptual Metaphors, and Metonymy within the Idealized Cognitive Models (ICMs) by Lakoff (1987). Findings reveal the use of divorce euphemisms such as sik ada jodoh gik (no longer a fated match), sik ada seratan (no longer destined), jodoh setakat tok jak (fate has run its course), seratan setakat tok jak (destiny has run its course), dah putus hubungan (have broken off the relationship), and dah bepisah (have separated) within the community. An analysis from a cognitive semantic point of view allows for a more systematic description of the MMS’ way of thinking, for example, through the image schema of Containment, Path and Source-Path-Goals, conceptual metaphors of DIVORCE IS A LOSS, MARRIAGE IS A JOURNEY and DIVORCE IS THE END OF A JOURNEY, DIVORCE IS A BROKEN RELATIONSHIP, and the metonymy BROKEN BOND SYMBOLIZES THE DIVORCE BETWEEN HUSBAND AND WIFE, as well as SEPARATION SYMBOLIZES DIVORCE. This study also explains the relationship between euphemistic meanings and the MMS’ experience and knowledge about divorce, which is based on the Malay culture and their belief in God's provision in human life.

 

Keywords: euphemism; divorce; image schema; conceptual metaphor; Sarawak Malay


Full Text:

PDF

References


Al-Quran Tajwid dan Terjemahan. (2012). Semenyih: Humaira Bookstore Enterprise.

Affidah Morni, Aiza Johari, Johny Ahmad & Kamaruzaman Jusoff. (2009). The linguistic taboo between Malays and Ibans of Sarawak, Malaysia. Canadian Social Science. 5(3), 141-158.

Allan, K. & Burridge, K. (1991). Euphemism & Dysphemism: Language Used as Shield and Weapon. Oxford: Oxford University Press.

Asmah Haji Omar. (1993). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fatimah Omar. (2014). Fekah Perkahwinan. Rawang: Pustaka Ilmuan.

Fernandez, C.E. (2006). Metaphor in the euphemistic manipulation of the tabo of sex. Babel A.F.I.A.L. 15, 27-42.

Hamidah Abdul Wahab, Imran Ho Abdullah, Mohammed Azlan Mis & Khazriyati Salehuddin. (2016a). Analisis Eufemisme Kematian Masyarakat Melayu Sarawak dari

Perspektif Semantik Kognitif. GEMA Online® Journal of Language Studies. 16(2), 53-71.

Hamidah Abdul Wahab, Imran Ho Abdullah, Mohammed Azlan Mis & Khazriyati Salehuddin. (2016b). Eufemisme pengurusan jenazah masyarakat Melayu Sarawak.

Jurnal Bahasa, 16(1), 50-73.

Hassan Ahmad. (2016). Bahasa dan Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ho-Abdullah, I. & Norsimah Mat Awal. (2008). Pengkonseptualan emosi dalam bahasa Melayu: Hati sebagai sumber emosi dan peluasan maknanya. Dlm Nor

Hashimah Jalaluddin & Rusmadi Baharudin (Pynt.). Leksikologi dan Leksikografi Melayu, hlm. 406-427. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamet, D. (2018). The neological functions of disease euphemisms in English and French: Verbal hygiene or speech pathology? Journal in English Lexicology, 12, 1-26.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lakoff, G. (1987). Women, Fire and Dangerous Things. Chicago: University of Chicago Press.

Lakoff, G. (1992). The Contemporary Theory of Metaphor. http://terpconnect.umd.edu/~israel/lakoff-ConTheorMetaphor.pdf

Langacker, R.W. (1987). Foundations of Cognitive Grammar Vol. 1: Theoretical Prerequisites. Stanford: Stanford University Press.

Lee, A.P. (2011). Metaphorical euphemisms of RELATIONSHIP and DEATH in Kavalan, Paiwan and Seediq. Oceanic Linguistics, 50(2), 351-380.

Nasimah Abdullah & Lubna Abdul Rahman. (2019). Eufemisme dalam wacana terjemahan makna al-Quran ke bahasa Melayu: Analisis pragmatik. Al-Irsyad: Journal of

Islamic and Contemporary Issues, 4(1), 39-56.

Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad & Anida Sarudin. (2011). Daripada ‘alam darjat’ kepada ‘alam fizikal’: Analisis Semantik Kognitif. Jurnal Melayu, 11(8), 1-

Nor Hashimah Jalaluddin, Anida Sarudin & Zaharani Ahmad. (2012). Peluasan Makna Alim: Analisis Semantik Kognitif. GEMA Online™ Journal of Language Studies,

(2), 457-473.

Noor Syaibah Shabuddin, Norazilah Johari, Norhasima Abdullah & Syazwana Aziz. (2016). Perceraian dalam kalangan pasangan dewasa pertengahan di Pejabat

Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAIDHL): Eksplorasi faktor. Jurnal Sains Sosial, 1, 36-52.

Noriah Mohamed & Jamilah Bebe Mohamad. (2016). Eufemisme leksikal dan metafora kematian dalam dialek Kedah. Journal of Education and Social Sciences, 4, 331-

Olimat, S. N. (2019). Euphemism in the Qur’an: A corpus based linguistic approach. International Journal of Computational Linguistics (IJCL), 10(2), 16-32.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris-Melayu, diperoleh daripada http://prpmv1.dbp.gov.my pada 26 Ogos 2020.

Salehuddin, K. (2009). Metafora Melayu dalam Mendidik Anak: Analisis Semantik Kognitif. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin, Imran Ho Abdullah & Idris Aman (pnyt.).

Linguistik Teori dan Aplikasi, hlm. 136-151. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Salehuddin, K. (2018). Konsep ilmu dalam simpulan bahasa dan peribahasa Melayu: Analisis Semantik Kognitif. Dalam Norhashimah Jalaluddin. Kiasan, Kognisi dan

Akal Budi Melayu, hlm. 106-125. Bangi: Penerbit UKM.

Tengku, Fariqul Haq & Salehuddin, K. (2020). Pembacaan ungkapan literal dan metafora Melayu: Satu kajian penjejakan mata. GEMA Online® Journal of Language

Studies, 20(2), 18-35.

Tesaurus Bahasa Melayu Dewan Edisi Baharu. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaini Nasohah. (2002). Perceraian: Hak Wanita Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

https://www.boydbuckingham.com/2018/11/benign-break-ups-peaceful-partings-other-divorce-euphemisms-that-will-soon-become-commonplace/ diakses pada 30

Ogos 2020.

https://vocal.media/humans/20-euphemisms-for-breaking-up-and-how-they-really-sound diakses pada 30 Ogos 2020.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/gema-2020-2004-05

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021