ANALISIS KRITIS REPRESENTASI REMAJA MELAYU ISLAM DALAM FILMOGRAFI AHMAD IDHA

Bambang Suhartono Mohd Said, Wan Amizah Wan Mahmud, Badrul Redzuan Abu Hassan

Abstract


Secara umum, isu remaja yang berkaitan dengan remaja Melayu Islam sering dijadikan naratif dalam filmografi Ahmad Idham. Representasi subjek ini biasanya merupakan paparan gaya hidup moden mereka, akibat moral dalam kehidupan sosialnya. Bagaimanapun, Ahmad Idham hanya menumpukan minatnya membuat filem yang dianggap terlalu klise dari sudut sosial dan moral. Kajian ini telah memilih dua filem Syurga Cinta (2009) dan Aku Masih Dara (2010) untuk mengkaji secara kritis hujah di atas dalam perbincangan terperinci berdasarkan Teori Perwakilan Stuart Hall (1997). Kajian kami menggunakan analisis kritis wacana filem dan kaedah temu bual mendalam dengan pengarahnya. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengarah Ahmad Idham telah membina subjek representasinya untuk memperlihatkan remaja Melayu sebagai gambaran kritikal terhadap peranan ibu bapa dan masyarakat secara amnya. Dalam analisis akhir, filem-filem terpilih mengenai remaja Melayu Islam memperlihatkan pentingnya unsur-unsur psikologi remaja dan logika sebab-akibat dalam representasi subjek ini.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.