KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN BATAS ETNIK DI SEKOLAH KEBANGSAAN ZON UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA

Amran Omar, Shazlin Amir Hamzah, Chang Peng Kee

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan instrumen bagi menilai konstruk batas etnik dan menentukan kestabilan kesahan dan kebolehpercayaan kandungannya melalui kajian rintis. Kerangka kerja dan pembangunan instrumen batas etnik adalah berdasarkan model KonteksInput-Proses-Produk (KIPP). Kajian ini disusun dalam tiga fasa, iaitu tinjauan literatur, penterjemahan instrumen, serta analisis kesahan dan kebolehpercayaan kandungan. Pemboleh ubah batas etnik yang terdiri daripada empat dimensi, iaitu material, status sosial, tuntutan sosial, dan tuntutan gantian, dengan 12 item digunakan dalam kajian ini. Satu kajian rintis dilaksanakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen melalui skala alfa Cronbach dan analisis deskriptif. Kajian rintis dilakukan di lapan buah sekolah rendah di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis, yang mewakili Zon Utara Semenanjung Malaysia. Analisis kebolehpercayaan mengesahkan bahawa alfa Cronbach untuk keseluruhan konstruk batas etnik menjelaskan nilai yang kuat dan sangat baik bagi setiap dimensi. Kesemua 12 item tersebut diterima untuk digunakan dalam kajian lapangan. Oleh itu, instrumen untuk batas etnik yang digunakan untuk kajian rintis ini diterima untuk membantu para guru memahami dan membantu mengukur batas etnik mereka di persekitaran sekolah. Instrumen penilaian kendiri sempadan etnik ini boleh menjadi panduan dan sumber penting dalam membantu guru menentukan dan memahami batas etnik mereka dengan lebih berkesan, sekaligus mewujudkan hubungan etnik yang harmoni di sekolah.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia