ANALISIS KOMUNIKASI LISAN DALAM SOAL JAWAB KES JENAYAH TERPILIH

Md Zahril Nizam Md Yusoff, Noriah Mohamed, Darwalis Sazan, Mohd Najib Abdul Rahim, Arjunaiti Abdullah

Abstract


Soal jawab merupakan proses komunikasi lisan yang sangat penting dalam rutin penyiasatan pegawai polis untuk pengumpulan sebahagian maklumat berkaitan sesuatu kes jenayah. Peserta yang terlibat dalam soal jawab menghasilkan pelbagai lakuan tutur dan hubungan kerjasama perbualan. Penghasilan ujaran dapat memperlihatkan keberkesanan atau ketidak berkesanan komunikasi lisan yang berlaku. Kajian ini merupakan tinjauan awal untuk menganalisis maklumat linguistik berpandukan pendekatan kualitatif. Data soal jawab diperoleh daripada satu kes jenayah pencerobohan rumah yang disiasat di bawah Akta 574 Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Data ini ditranskripsi dalam bentuk tulisan daripada rakaman audio. Tipologi lakuan tutur Searle (1969 dan 1985) dan prinsip kerjasama Grice (1975 dan 1989) digunakan untuk menghuraikan data secara berpada. Analisis lakuan tutur mendapati bahawa PPJ menggunakan lakuan tutur direktif dan representatif, manakala SBJ pula menghasilkan lakuan tutur representatif, komisif, dan ekspresif. Setiap lakuan tutur daripada kedua-dua peserta memaparkan subfungsi lakuan tutur tertentu untuk mencapai matlamat komunikasi masing-masing. Analisis prinsip kerjasama yang difokuskan terhadap respons SBJ pula mendapati bahawa pematuhan maksim SBJ terdiri daripada maksim kualiti, kuantiti, hubungan dan gaya bagi mengatur kelancaran perbualan. Namun begitu, SBJ turut sengaja melanggar semua maksim ini untuk mewujudkan situasi penolakan, percanggahan dan kekaburan terhadap keterangan yang diberikan. Hasil daripada kajian ini, penghasilan ujaran PPJ dan SBJ dapat menentukan kelangsungan komunikasi dan memberi implikasi tertentu terhadap suatu keterangan undang-undang

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia