KEARIFAN TEMPATAN DALAM PERTANIAN SARA DIRI: SATU SOROTAN

Muhamad Faiz Aiman Mohd Sohaimin, Azahan Awang, Azlan Abas

Abstract


Perbincangan berkaitan kearifan tempatan dalam kalangan akademia dan masyarakat awam telah lama diperkatakan memandangkan ianya mempunyai keunikannya tersendiri. Keunikan ini termasuklah kepelbagaian makna dan takrifan kearifan tempatan yang tidak lari dari konsep asasnya merangkumi elemen persekitaran fizikal, budaya dan tradisi serta warisan. Kearifan tempatan yang wujud dalam pelbagai situasi membentuk keupayaannya tersendiri mendepani persekitarannnya. Pengaruh kearifan tempatan turut wujud dalam aktiviti pertanian sara diri. Sehubungan itu, artikel ini membincangkan sorotan berkaitan kearifan tempatan, pengetahuan tersirat dan pertanian sara diri dalam komuniti Melayu. Bagi mencapai objektif dan tujuan tersebut, kajian ini mengaplikasikan sorotan kepustakaan melalui jurnal, buku dan log catatan di seminar dengan rujukan terhadap kearifan tempatan dan pertanian sara diri. Data dikumpulkan termasuklah berkaitan konsep asas, pengkelasan dan pengaruh kearifan tempatan dan pengetahuan tersirat serta kedinamikan pertanian sara diri dalam pelbagai ruang. Hasil dapatan menunjukkan pengaruh kearifan tempatan wujud dalam pertanian sara diri melalui alam persekitarannya. Diharapkan artikel ini dapat menyumbangkan ilmu berkaitan kearifan tempatan sekaligus membantu para pengkaji lain membuat perancangan dalam melestarikan dan meletakkan nilai kearifan tempatan di tempat seadilnya.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia