TARIKAN PELANCONGAN BERASASKAN WARISAN DI KUALA LUMPUR

Siti Nurain Marzuki, Dorathy Sebi Anak Nelson Atang, Aini Atiqah Nor Arsat, Nurul Liyana Zainal Abidin, Nurul Fadilah Mohd. Nawi, Er Ah Choy

Abstract


Terdapat pelbagai tarikan pelancongan berasaskan warisan di Kuala Lumpur, di samping menyumbang kepada peluang pendapatan, pekerjaan, dan peluang perniagaan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti lokasi yang berpotensi dijadikan sebagai tarikan pelancongan warisan di Kuala Lumpur, serta mengkaji faktor yang mempengaruhi pelancong melancong ke tarikan pelancongan warisan seperti bangunan-bangunan yang bersejarah dan pensejarahannya, dan sebagainya. Seramai 317 orang responden yang dipilih menggunakan kaedah persampelan mudah terdiri daripada pengunjung, pelancong domestik, dan pelancong antarabangsa yang mengunjungi destinasti tumpuan di Kuala Lumpur, iaitu Ecoforest, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Tugu Negara, Muzium Negara, Kampung Baru, Bangunan Sultan Abdul Samad, dan Bangunan Stesen Keretapi Lama. Analisis deskriptif dipersembahkan dalam bentuk gambarajah dan carta bagi menjelaskan profil demografi, manakala analisis min diapplikasikan untuk mengkaji faktorfaktor yang mempengaruhi responden yang melancong ke Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Dataran Merdeka merupakan lokasi warisan utama yang menarik pelancong tempatan dan antarabangsa. Faktor warisan budaya (produk budaya warisan) pula menjadi faktor utama yang mempengaruhi kedatangan responden ke Kuala Lumpur. Justeru, keunikan dan kegemilangan warisan sejarah yang dimiliki bandaraya Kuala Lumpur menjadi elemen terpenting dalam menarik kedatangan para pelancong domestik dan luar negara. Dapatan kajian ini berupaya menyumbang dan memberi input kepada pihak-pihak berkepentingan dalam melaksanakan strategi pemeliharaan dan pemuliharaan produk-produk pelancongan warisan di Malaysia

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.