IMPAK PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM PEMBANGUNAN PELANCONGAN LUAR BANDAR

Muhammad Asri Ibrahim, Novel Lyndon

Abstract


Industri pelancongan telah terbukti boleh menyumbangkan pelbagai impak yang positif terutama kepada penduduk di kawasan pelancongan. Malaysia misalnya telah menjadi tarikan pelancong untuk sekian lamanya disebabkan keindahan kawasan luar bandar yang masih belum diterokai. Walaubagaimanapun proses pembangunan pelancongan memerlukan penglibatan yang aktif daripada komuniti tempatan. Persoalan kajian ini adalah sejauhmanakah penglibatan komuniti setempat membantu proses pembangunan lestari kawasan pelancongan dan apakah bentuk impak yang diterima oleh komuniti tempatan yang berada dikawasan pelancongan. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti penglibatan komuniti luar bandar dalam pembangunan lestari dan impak yang diterima oleh komuniti Tanjung Sedili yang berada di kawasan pelancongan. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam penyelidikan ini melalui temubual mendalam. Seramai 6 orang informan dipilih menggunakan kaedah persampelan bukan kebarangkalian iaitu persampelan snowball digunakan. Hasil kajian ini mendapati bahawa penglibatan komuniti tempatan adalah berada pada tahap simbolik dalam pembangunan pelancongan luar bandar. Dalam masa yang sama, impak ekonomi terhadap komuniti luar bandar adalah sangat baik berbanding dengan impak sosial. Kesimpulan kajian ini ialah impak penglibatan komuniti dalam pembangunan pelancongan luar bandar perlu diberi nilai tambah bagi merangsang penglibatan aktif komuniti luar bandar. Implikas kajian ini ialah pihak kerajaan harus memastikan program-progam yang telah dijalankan benar-benar memberi manfaat kepada golongan sasaran melalui pendekatan bersepadu antara komuniti sasaran dan pihak perancang pembangunan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia