TAHAP PENERIMAAN MASYARAKAT ORANG ASLI TERHADAP PEMILIKAN TANAH BERSTATUS GERAN

Siti Aishah Suhana Mohd Niza, Azima Abdul Manaf

Abstract


Orang Asli merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat Malaysia. Masyarakat Orang Asli mempunyai hak dan keistimewaan tersendiri seperti yang terkandung di dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Di samping itu, pemilikan tanah dirujuk secara meluas iaitu meliputi hak dan kepentingan pemilik tanah, penerima pajakan tanah rizab atau pemegang lesen untuk menduduki tanah kerajaan. Mereka dianggap sebagai pemilik tanah dan mempunyai hak penggunaan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 44 dan seksyen 45 Kanun Tanah Negara. Namun isu yang berkait dengan pencerobahan dan pembangunan tanah orang Asli telah menyebabkan tanah rayau untuk orang Asli semakin merosot. Keadaan ini mengambarkan wujud kelemahan dalam peruntukan undang-undang tanah yang sedia bagi masyarakat orang Asli. Hal ini kemudiannya telah mendorong kepada cadangan keperluan pemilikan bagi tujuan menjaga keselamatan pemilikan tanah orang Asli. Sehubungan itu kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap penerimaan Orang Asli terhadap pemilikan tanah bergeran. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah kuantitatif telah digunakan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 60 orang responden utama iaitu masyarakat Orang Asli Kg. Sg. Buah dan Kg. Jenderam Hilir, Sepang Selangor. Hasil kajian mendapati tahap penerimaan orang Asli terhadap tanah bergeran adalah yang tinggi. Hal ini jelas apabila tahap penerimaan masyarakat orang Asli terhadap tanah bergeran didapati dipengaruhi oleh faktor dalam sosiobudaya, persekitaran, ekonomi dan identiti. Namun demikian Orang Asli memerlukan pemahaman dan penelitian yang lebih terperinci berkenaan pemberi milikan tanah bergeran tanpa sebarang unsur yang dimanipulasi sebelum ianya diterima secara sebulat suara.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia