PENAFSIRAN IDEOLOGI PAKATAN HARAPAN MENERUSI PENEGASAN UNSUR TEMA DAN REMA PERSPEKTIF ANALISIS WACANA KRITIS

Tengku Shahrolnizam Tengku Yahya, Rohaidah Haron

Abstract


Unsur Tema dan Rema yang digembleng dalam wacana dapat dikaitkan dengan praktis sosial yang ingin diperjuangkan oleh sesebuah parti politik. Selain dapat membentuk unsur tekstual dalam teks, unsur Tema dan Rema yang digembleng dalam wacana turut membantu dalam penafsiran ideologi sesebuah parti. Kajian ini merupakan kajian analisis wacana kritis (critical discourse anlysis) yang bertujuan untuk menafsir praktis sosial yang tersirat dalam wacana manifesto Pakatan Harapan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti unsur Tema dan Rema dalam wacana manifesto Pakatan Harapan serta menafsir ideologi Pakatan Harapan dengan penggemblengan unsur Tema dan Rema berdasarkan pendekatan analisis wacana kritis. Dengan berpandukan teori analisis wacana kritis (CDA) oleh Fairclough (1989) serta konsep Tema dan Rema yang dibangunkan oleh Halliday (2004) dan Halliday dan Hassan (1976), maka terdapat tiga unsur penegasan Tema yang dapat menafsir ideologi pentadbiran berintegriti, iaitu Kerajaan Pakatan Harapan, Kami dan Pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, manakala penegasan unsur Rema pula membuktikan bahawa ideologi tersebut telah distruktur dalam bahagian Rema, iaitu sebagai maklumat baharu. Kedua-dua unsur Tema dan Rema ini telah digembleng oleh pewacana dalam usaha memperjuangkan ideologi pentadbiran berintegriti. Keupayaan pewacana memanfaatkan penegasan unsur Tema dan Rema secara tidak langsung dapat memperomosikan ideologi Pakatan Harapan kepada rakyat dengan lebih jelas dan tersusun.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia