HUBUNGAN ANTARA MOTIVASI PENCAPAIAN, KECERDASAN EMOSI DAN KETAHANAN DIRI DALAM KALANGAN MAHASISWA KERJA SOSIAL

Masron Mensih, Fauziah Ibrahim, Nazirah Hassan

Abstract


Motivasi, kecergasan emosi dan ketahanan diri merupakan aspek penting untuk mempersiapkan mahasiswa kerja sosial ke arah profesion yang kompeten. Mereka berhadapan dengan cabaran kerja untuk menyelesaikan isu-isu masyarakat yang pelbagai. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara motivasi pencapaian, kecerdasan emosi dan ketahanan diri dalam kalangan mahasiswa kerja sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan survei secara keratan-lintang. Seramai 124 orang mahasiswa Kerja Sosial di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM telah dipilih sebagai responden kajian. Data yang diperolehi, dianalisis dengan mengunakan analisis deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati majoriti mahasiswa kerja sosial di UKM adalah terdiri dari golongan belia berumur 21-23 tahun, berbangsa Melayu (94.4 peratus), memperolehi PNGK antara 3.00 hingga 3.66 (83.1 peratus) dan terdiri daripada kalangan keluarga B40 iaitu berpendapatan isi rumah sekitar RM3860 sebulan (69.4 peratus). Hasil analisis kolerasi Pearson yang dijalankan mendapati terdapat hubungan positif, sederhana dan signifikan antara motivasi pencapaian dengan kecerdasan emosi (r=.481, p<0.01) dan ketahanan diri (r=.229, p<0.05) dalam kalangan mahasiswa kerja sosial. Analisis juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi (r=.674, p<0.01) dengan ketahanan diri dalam kalangan mahasiswa kerja sosial. Hasil kajian memberi implikasi terhadap keperluan mewujudkan program-program yang boleh membantu meningkatkan motivasi, kecerdasan emosi dan ketahanan diri dalam kalangan mahasiswa kerja sosial di UKM

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia