TAHAP KECENDERUNGAN MAHASISWA MENYERTAI PROGRAM PEMBANGUNAN KEROHANIAN

Nik Safiah Nik Abdullah, Selamah Maamor, Norazlina Abd Wahab

Abstract


Golongan belia wajar menyertai program pembangunan kerohanian bagi membina jati diri yang mantap. Walaupun program pembangunan kerohanian banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak, namun kecenderungan belia untuk menyertainya kurang memuaskan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap kecenderungan mahasiswa menyertai program pembangunan kerohanian dan mengenal pasti perbezaan bagi tahap kecenderungan menyertai berdasarkan ciri-ciri demografi. Kajian kuantitatif ini dilaksanakan menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik. Sejumlah 623 pemilihan sampel dalam kajian ini menggunakan teknik pensampelan rawak kelompok berkadar daripada kalangan pelajar prasiswazah Muslim di Universiti Awam (UA) Malaysia terpilih. Hasil analisis deskriptif mendapati tahap kecenderungan mahasiswa menyertai program pembangunan kerohanian berada di tahap sederhana tinggi. Penemuan analisis Ujian-t Sampel Bebas dan ANOVA Sehala membuktikan tahap kecenderungan mahasiswa menyertai program pembangunan kerohanian berbeza secara signifikan berdasarkan penginapan di UA, lokasi kediaman, umur, kelayakan akademik memasuki UA, jenis dan aliran di sekolah menengah dan program pengajian di UA. Namun begitu, tahap kecenderungan menyertai ini masih mempunyai ruang untuk dipertingkatkan memandangkan program pembangunan kerohanian dapat membantu mendekatkan diri dengan Pencipta dan penting dalam pembentukan jati diri mahasiswa. Justeru, institusi pendidikan, keluarga dan masyarakat perlu memberi galakan dan sokongan kepada golongan belia untuk menyertai program pembangunan kerohanian serta memberi penekanan kepada pendidikan agama di peringkat awal bagi memastikan pembangunan belia yang holistik ke arah pembinaan negara bangsa.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.