PENGARUH GENDER DALAM MENCORAKKAN INTERAKSI SOSIAL KANAK-KANAK SEMASA MAIN BEBAS DI PRASEKOLAH

Jaslinah Makantal, Mariani Md Nor, Mohd Nazri Abdul Rahman

Abstract


Kajian ini dijalankan untuk meneroka pengaruh gender dalam mencorakkan interaksi sosial kanakkanak semasa main bebas di prasekolah. Kajian kualitatif berbentuk kajian kes tunggal ini dijalankan di sebuah prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam daerah Kota Kinabalu, Sabah dengan melibatkan 12 orang kanak-kanak prasekolah berumur lima dan enam tahun (6 lelaki dan 6 perempuan) serta seorang guru prasekolah. Pengutipan data menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur dan tidak berstruktur, dan temu bual semi berstruktur. Data kajian dianalisis secara kuantitatif (basic statistic) dan kualitatif yang menggunakan kaedah tematik melalui tiga proses pengekodan untuk membentuk tema. Data kajian menunjukkan faktor gender membentuk corak interaksi sosial yang berbeza antara kanak-kanak lelaki dan perempuan semasa main bebas. Perbezaan ini boleh dilihat dari aspek corak interaksi sosial semasa main bebas iaitu terdiri daripada interaksi sosial positif iaitu berkomunikasi, berkongsi, bekerjasama, dan konflik verbal (kesan positif), manakala interaksi sosial negatif berbentuk tingkah laku monopoli semasa main bebas. Semasa main bebas kanak-kanak lelaki cenderung menunjukkan interaksi sosial positif berbanding kanak-kanak perempuan. Hal ini dipengaruhi oleh jenis main sosial, jenis alat permainan dan pemilihan rakan semasa main. Main bebas mendorong pelbagai corak interaksi sosial antara kanak-kanak dan merupakan keadah membantu kanak-kanak yang lemah dari segi kemahiran sosial seterusnya perkembangan sosial yang baik kelak. Pemahaman yang mendalam tentang perbezaan corak interaksi sosial pada kanak-kanak lelaki dan perempuan amat penting kepada guru, pembina dasar dan ibu bapa untuk menyediakan kaedah dan ruang pembelajaran yang mampu mengurangkan perbezaan antara jantina. Maklumat ini juga dapat mengurangkan jurang perbezaan dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia