PENGUASAAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN MAKLUMAT (ICT) TERHADAP KECEKAPAN KERJA

Nur Amirah Ahmadol Marzuki, Zurinah Tahir, Nurfaradilla Mohamad Nasri

Abstract


Kemajuan teknologi semakin meningkat pada era globalisasi pada masa kini sehingga memberi impak yang sangat besar kepada hampir kesemua sistem yang ada di dunia ini terutama yang diperlukan untuk pemprosesan data. Setiap sektor pekerjaan tidak kira awam mahupun swasta mempunyai cabarannya tersendiri. Kemahiran dan kecekapan ICT merupakan perkara yang menjadi keutamaan mengikut peredaran zaman pada masa kini. Terdapat sesetengah pekerja di dalam sektor perkeranian masih berada di tahap pengetahuan ICT yang rendah. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan teknologi yang sangat minimum. Isu penguasaan kecekapan kerja melalui penggunaan lCT harus diberi penekanan bagi memastikan pekerja sentiasa menunjukkan prestasi kerja yang baik, meningkatkan kepuasan kerja mereka serta sekaligus menyumbang kepada prestasi kerja yang bagus. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecekapan dalam penguasaan Kemahiran Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) terhadap pekerja perkeranian. Kajan ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif yang mana soal selidik dipilih sebagai instrumen kajian. Seramai 200 orang responden digunakan untuk mengisi serta menjawab pernyataan dalam borang soal selidik berkenaan. Pengkaji menggunakan kaedah analisis data secara analisis statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa kecekapan dalam menggunakan perkakasan merupakan bidang atau jenis penguasaan kecekapan yang paling dikuasai oleh pekerja kerani. Bidang atau jenis penguasaan kecekapan dalam menggunakan perkakasan ini mencatatkan nilai skor min paling tinggi iaitu sebanyak 4.4. Hal ini kerana penggunaan perkakasan dapat memudahkan pekerja kerani dalam menghantar surat mahupun dokumen yang perlu mendapatkan pengesahan daripada pegawai atasan. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada mana-mana pihak untuk mengetahui bidang atau jenis penguasaan kecekapan ICT yang mampu meningkatkan tahap kecekapan kerja perkeranian.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia