PERILAKU MEMBISU DALAM KALANGAN PENGUATKUASA DI SEKTOR AWAM TERPILIH

Suhaira Bani Usman, Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof

Abstract


Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji tahap perilaku membisu dalam kalangan pekerja, hubungan iklim komunikasi dan jangkaan kesan negatif terhadap perilaku membisu dalam kalangan pekerja penguatkuasa di Kota Kinabalu. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap perilaku membisu dalam kalangan penguatkuasa berada pada tahap yang tinggi. Keseluruhan responden memberi persepsi bahawa kebimbangan akan hubungan terjejas dalam organisasi mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap perilaku membisu. Manakala, faktor iklim komunikasi, faktor jangkaan iaitu takut dilabel negatif dan bimbang hukuman mempunyai pengaruh yang tidak signifikan terhadap perilaku membisu.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia